Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

Pendaftaran cap dagangan adalah bersifat kewilayahan (territorial). Jika anda telah membuat pendaftaran cap dagangan di Malaysia, anda hanya akan mendapat perlindungan di Malaysia sahaja. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melebarkan perniagaaan anda di luar negara, anda juga perlu merancang berkenaan pendaftaran cap dagangan di negara-negara berkenaan.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport produk anda ke Brunei, Indonesia, Perancis dan Jepun, anda perlu membuat permohonan pendaftaran di semua negara-negara tadi. Jika tidak, cap dagangan anda tidak akan dilindungi.

Setiap negara mempunyai prosedur dan kadar bayaran pendaftaran yang berbeza. Justeru itu, bagi usahawan yang merancang untuk melebarkan sayap ke luar negara, rancang dahulu negara mana yang berpotensi dan buat permohonan pendaftaran cap dagangan sebelum memasarkan produk di negara-negara yang telah dirancang. Pendaftaran cap dagangan di luar negara amatlah penting bagi melindungi cap dagangan dari disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di negara-negara berkenaan. Continue reading Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

Daftar Cap Dagangan Dahulu, Baru Promosikan Produk

Ramai usahawan yang saya jumpa di luar sana menganggap pendaftaran cap dagangan tidak perlu, selagi mana perniagaan mereka masih tidak menjana keuntungan.

Mereka lebih sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan promosi di televisyen, akhbar dan majalah daripada mengeluarkan perbelanjaan untuk mendaftarkan cap dagangan milik mereka.

Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh majoriti usahawan kita. Apabila mereka mempromosikan jenama atau cap dagangan mereka melalui media, cap dagangan mereka sebenarnya telah pun terdedah kepada pelbagai ancaman komersil seperti cetak rompak, peniruan dan sebagainya.

Tanpa perlindungan melalui pendaftaran cap dagangan, agak susah bagi pemilik cap dagangan yang tidak berdaftar untuk mengambil tindakan terhadap pelaku ancaman-ancaman ini.

Ikuti artikel lengkap di Majalah Niaga