Perkhidmatan Pendaftaran Cap Dagangan (Trade Mark)
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Perkhidmatan | Posted on 07-07-2010
8
Kepada semua usahawan di luar sana, mulai hari ini saya menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan juga luar negara. Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah:
- Carian cap dagangan
- Penentuan kelas barangan cap dagangan
- Pengisian borang permohonan cap dagangan
- Menghantar permohonan cap dagangan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- Pindaan perkara-perkara berkaitan cap dagangan
- Menyediakan hujahan bertulis untuk rayuan pendaftaran cap dagangan
- Mewakili pemohon untuk sesi pendengaran (hearing) bagi tujuan rayuan pendaftaran cap dagangan
- Memproses borang setujuterima untuk penerbitan warta kerajaan
- Pembaharuan cap dagangan
- Mengendalikan kes bangkangan ke atas cap dagangan (trade mark opposition)
- Mengendalikan proses pendaftaran cap dagangan di luar negara.
Jika memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, sila hubungi saya untuk mendapatkan sebut harga. Harga yang ditawarkan insyaAllah berpatutan.
Tel: 019-3781629 (Azizi) Emel: azizizulkefli@gmail.com
*Urusan pendaftaran cap dagangan akan diuruskan firma guaman Abdul Syaheed Ismail & Co. , Ejen Cap Dagangan berdaftar dengan MyIPO





