Salam dan selamat sejahtera. Untuk tambahan kepada artikel saya yang lepas berkenaan pengenalan kepada harta intelek, saya akan memberikan pengenalan apakah itu harta intelek sebagaimana pengenalan yang diberikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia menerusi laman webnya http://www.myipo.gov.my.
Harta intelek merujuk kepada ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan.
Harta intelek terbahagi kepada dua kategori iaitu Harta Industri dan Hak Cipta. Harta Industri merangkumi Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geogragi. Hak Cipta pula merangkumi hasil kerja sastera dan seni seperti novel, puisi, persembahan, filem, hasil karya muzik, lukisan, gambar, ukiran dan reka bentuk bangunan. Hak-hak berkaitan Hak Cipta juga melibatkan persembahan artis, penerbitan rakaman bunyi dan juga program-program dalam penyiaran radio dan televisyen.
Satu lagi cabang harta intelek yang tidak dinyatakan sebelum ini ialah Variati Tumbuhan (Plant Variety). Variati Tumbuhan merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan kepada pengusaha atau pembiak baka tumbuhan untuk mengeksploitasi kepelbagaian baka baru bagi tumbuhan. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran dan pendaftaran Variati tumbuhan tidak dijalankan oleh MyIPO, sebaliknya dijalankan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Sekian untuk kali ini..
1. Alumni pengambilan kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang ke-33 atau TJP 33 telah membuat satu ragaan utama (CENTREPIECE) berbentuk tengkolok dengan lipatan Dendam Tak Sudah seperti yang dipakai oleh DYMM SPB YDP Agong.
2. Ianya diperbuat 100% dari perak dengan lencana bersalut emas. Saiznya adalah mengikut ukuran sebenar atau boleh dipakai oleh orang yang mempunyai lilitan kepala 22 1/2 inci.
3. Rasanya belum ada mana-mana pihak membuat tengkolok sebesar itu daripada perak.
4. Alumni TJP 33 telah mencadangkan Tenkolok – Dendam Tak Sudah didaftar dengan Harta Intelek. Bagaimanakah caranya saya mendapatkan perkara ini didaftarkan?
terbaik rr awak nie.. dpt sye buat kje skolah.. yabedabedu.. huhuh