BANTAHAN CAP DAGANGAN (TRADE MARK OBJECTION)

By | December 25, 2016

Setiap permohonan cap dagangan yang dibuat kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia tidak mempunyai sebarang jaminan ia boleh diluluskan. Ia tertakluk kepada sama ada sesuatu cap dagangan tersebut memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetap oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan juga tidak mempunyai persamaan dengan cap-cap dagangan yang telag sedia dipohon atau didaftarkan.

Jika sesuatu permohonan tidak menepati kriteria pendaftaran atau mempunyai persamaan dengan permohonan cap dagangan sedia ada, maka pihak pendaftar akan mengeluarkan satu surat yang dikenali sebagai surat bantahan atau dikenali dengan kod CD70. Surat ini perlu dijawab dengan mengemukakan rayuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

Antara sebab bantahan dikeluarkan adalah:

  • Menggunakan perkataan yang merujuk kepada sifat atau karakter produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Cap dagangan tidak unik dan menggunakan perkataan yang biasa (common).
  • Mempunyai persamaan dengan cap dagangan sedia ada.

Rayuan ini perlu dibuat dengan mengemukakan hujahan bertulis. Hujahan ini perlu disokong dengan kes undang-undang dan bukti penggunaan cap dagangan di dalam aktiviti perniagaan.

Ramai pemohon yang mendapat bantahan yang emel atau menghubungi saya meminta contoh surat rayuan ini tetapi saya nyatakan tiada sebarang contoh dapat diberikan kerana rayuan perlu dibuat mengikut jenis bantahan yang diterima dan permohonan cap dagangan yang dibuat.

Sekiranya rayuan yang dibuat ditolak, satu surat yang dikenali sebagai Bantahan Kekal akan dikeluarkan. Surat Bantahan Kekal ini bermaksud rayuan yang dibuat sebelum ini ditolak dan bantahan yang dibuat sebelum ini dikekalkan.

Jika ada di antara anda menerima surat ini, ini adalah peluang terakhir untuk anda membuat rayuan di peringkat pendaftar atau MyIPO, kerana jika rayuan gagal diperingkat ini, anda perlu membuat rayuan di Mahkamah.

Rayuan untuk bantahan kekal ini perlu dibuat dengan kaedah pendengaran atau hearing. Ini bermakna, anda perlu membuat hujahan secara berdepan (face to face) dengan pihak pendaftar, seperti di mahkamah. Sebelum itu, anda perlu mendapatkan dahulu tarikh bagi sesi pendengaran ini sebelum rayuan boleh dibuat.

Bagi yang membuat permohonan sendiri cap dagangan, dengan kata lain tidak menggunakan khidmat ejen, jika anda mendapat surat bantahan atau bantahan kekal ini, saya cadangkan anda gunakan khidmat ejen berdaftar untuk membuat rayuan. Ada kes pemohon yang kononnya hendak jimat, semua rayuan dibuat sendiri dan akhirnya permohonan ditolak sepenuhnya oleh MyIPO dan terpaksa membuat rayuan di mahkamah. Jika kes sudah sampai ke mahkamah, kos yang anda akan tanggung akan berlipat kali ganda.

Jika anda perlukan khidmat saya untuk membuat rayuan sama ada rayuan bantahan atau rayuan dengan menghadiri sesi pendengaran, boleh emelkan saya surat bantahan yang diterima atau whatsaap saya 0193781629. Emel saya [email protected]

One thought on “BANTAHAN CAP DAGANGAN (TRADE MARK OBJECTION)

  1. arif

    Salam nak tanya saya dapat surat bantahan tapi bukan cd70 dia ckp pasal seksyen 23 dan 24 akta cap dagangan 2019. saya tanya staff myipo saya boleh buat surat rayuan ikut format yang sesuai tapi tidak rasmi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *