Barangan China, kualiti dan harga

By | October 1, 2010

Ketika ini, Negara kita dilambakkan dengan produk elektronik dari negara China. Televisyen, pemain DVD dan telefon bimbit antara barangan dari China yang banyak dijual di negara kita.

Jika dulu, kita hanya mendengan jenama-jenama besar seperti Panasonic, Samsung, LG dan Toshiba sebagai jenama utama barangan-barangan elektrik dan elektronik di pasaran. Namun pada hari ini, muncul pelbagai jenama-jenama yang cukup asing bagi kita seperti Konka, Tobishi, Weige, Nuodi dan sebagainya. Jenama-jenama ini mewakili pelbagai produk barangan terutamanya barangan elektrik.

Sejauh mana jenama-jenama baru ini boleh menawarkan produknya? Jawapannya ialah pada kualiti barangan. Semua sedia maklum barangan buatan negara China yang datang dengan jenama baru agak diragui kualitinya. Barangan ini seumpama barangan pakai buang di mana ia hanya oleh digunakan untuk tempoh seketika sahaja. Berbanding barangan yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka, kualitinya diakui dan boleh digunakan dalam tempoh yang panjang.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan barangan dari China dari jenama yang tidak terkenal yang pada umumnya memang mengecewakan. Pemain DVD hanya bertahan kurang dari dua tahun. Mungkin kerana harganya yang murah maka kualitinya pun murah. Sebuah telefon bimbit berjenama Malaysia tetapi dibuat di negara China tidak berfungsi dengan baik dan selalu ‘hang’ dan tidak stabil. Bateri cepat mengering walaupun hanya menggunakan aplikasi-aplikasi biasa seperti sms dan melayari wap.

Walau bagaimanapun, tidak semua barangan buatan China tidak berkualiti. Ada satu jenama dari China, iaitu Haier mampu menawarkan barangan berkualiti standing dengan jenama-jenama besar yang lain. Jika di Malaysia, jenama Haier dilihat sama seperti jenama-jenama barangan dari China tetapi di barat, jenama Haier setaraf jenama-jenama terkenal seperti Samsung, LG dan sebagainya. Saya sendiri ada menggunakan barangan dari jenama ini seperti pemain DVD, televisyen dan pemain DVD mikro dan saya agak berpuas hati dan tiada sebarang masalah sehingga hari ini.

Walaupun umum mengetahui barangan dari China ini diragui kualitinya, masih ramai yang sanggup membelinya. Harga mungkin faktor utama mendorong barangan dari negara China ini laris jualannya di negara kita. Namun, bagi mereka yang mempunyai pengalaman buruk menggunakan barangan dari negara China ini, sudah tentu akan lebih berhati-hati dan selektif dalam pembelian barangan terutamanya barangan elektrik.

5 thoughts on “Barangan China, kualiti dan harga

  1. Azizi Zulkefli

    Memang, kalau yg brand mcm tak pernah dgr tu better jgn belila, takut pakai sehari dah KO

    Reply
  2. Bagong

    Antara jenama barangan letrik terutama tv dari China yg ada kat Malaysia ialah:

    – Upson
    – Falcon
    – Meck
    – Sapporo
    – Vision
    – Funai
    – Wegasonic
    – GC
    – Weige
    – Nuodi
    – Tobishi
    – Esota
    Banyak lagilah nama yg pelik2.

    Reply
  3. hafiz

    Saya guna aircond 1.5hp haier. Wrnty 2thn utk indoor dn 5thn utk outdoor.. sy guna stahun indoor problem..brbunyi humming semasa off.. call tcnichan haier x sampai 1 jam dh sampai umh n repair..smpai skrg ok..dh 5 thn guna..cpt sejuk utk bilik 14×14

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *