Contoh Cap Dagangan Yang Tidak Boleh Didaftarkan

By | April 9, 2010

Sebelum ini saya telah menerangkan tentang ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Untuk kali ini, saya akan memberikan beberapa contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan. Contoh-contoh ini adalah sebahagian sahaja dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci pada entri yang akan datang.

Contoh 1: Cap dagangan yang mempunyai simbol atau perkataan bunga raya.

TM1

Contoh 2: Cap dagangan yang mempunyai perkataan yang merujuk kepada mutu dan sifat barangan.

TM2

Contoh 3: Cap dagangan yang mempunyai elemen yang memalukan atau elemen ancaman.

TM3

Gambar-gambar adalah sumber MyIPO

4 thoughts on “Contoh Cap Dagangan Yang Tidak Boleh Didaftarkan

  1. Sylarius

    Bro, Mie Sedapp tu apa cerita? Macam mana boleh terlepas? Lagi satu, tepung beras cap bunga raya. Apakah jenis kesalahan yang boleh disabitkan ke atas syarikat-syarikat berkenaan?

    Reply
    1. Azizi Zulkefli

      Sebenarnya untuk syarikat2 tu pakai cap dagangan mcm mi sedaap atau tepung beras cap bunga raya takde masalah. Pakai boleh cuma kalau nak didaftarkan memang tak dibenarkan undang2. Tujuan pendaftaran adalah untuk dapat hak monopoli untuk guna cap dagangan tu. Kalau tak dapat didaftar, tak dapatlah hak monopoli tu dan kalau ada org lain yg ciplak cap dagangan tu, susah nak diambil tindakan berbanding cap dagangan yang berdaftar. Cap dagangan mi sedaap tu mungkin tak didaftarkan tau tak boleh didaftarkan tapi ia masih boleh digunakan dalam perniagaan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *