E-Mel Pembaca

By | April 28, 2010

Saya telah menerima e-mel di bawah bertanyakan tentang proses pendaftaran cap dagangan yang saya ingin kongsi untuk pembaca.

From: mimi

Message: bagaimana hendak m’dftrkn jenama produk sbg 1 trademark??
apa lgkh-2 yg harus dibuat???
pihak manakah yg harus dihubungi??

Jawapan saya adalah:

Terima kasih kerana menghantar emel.
 
Untuk makluman, ada dua cara untuk mendaftarkan jenama atau cap dagangan.
 
Yang pertama, anda boleh pergi sendiri ke pejabat pendaftaran cap dagangan di tingkat 32, perbadanan harta intelek malaysia (myIPO) di menara daya bumi. Di sana anda boleh meminta bantuan pegawai di sana untuk proses pendaftaran. Anda boleh lawat laman web MyIPO (www.myipo.gov.my) untuk maklumat lanjut. Bayaran pendaftaran sekitar RM250 untuk satu cap dagangan.
 
Cara kedua, anda boleh menghubungi ejen harta intelek yang dilantik oleh pihak MyIPO untuk menguruskan pendaftaran harta intelek. Di Malaysia, banyak syarkiat atau firma guaman yang menawarkan perkhidmatan ini. Antara yang boleh saya sebutkan firma guaman Bustaman (www.bustaman.com), Skrine (www.skrine.com). Jika anda menggunakan khidmat ejen, anda akan dikenakan caj perkhidmatan professional. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh mereka tanpa anda perlu berulang-alik ke MyIPO.
 
Hubungi saya jika perlukan maklumat lanjut.
 
Terima kasih,
 
Azizi Zulkefli
Saya akan ulas lebih lanjut pada entri akan datang.

7 thoughts on “E-Mel Pembaca

  1. Syafrizal

    Hak milik sesuatu produk memang patut dilakukan kerana ada banyak pihak tidak bertanggungjawab untuk meniru dan memasarkannya. Seperti contoh Kopi Radix ada yang berani meniru dan memasarkannya.

    Reply
  2. Azizi Zulkefli

    Sekecil manapun produk, kalau mempunyai jenama haruslah didaftarkan jenama tersebut. Dah bnyk kes jenama yg tak didaftar jadi popular dan kenudian diguna secara meluas oleh org lain. tindakan susah nak diambil.

    Reply
  3. Syafrizal

    Betul tu.. tak dinafikan. Jadi kenelah waspada. HPA dah buat hakmilik dan watermark produk mereka. Tapi ada juga pihak2 yg dengki.

    Reply
  4. etomyam

    benda ni makin penting dalam zaman sekarang ni…semua jenis benda kalau boleh nak diciplak…bagus dapat baca penerangan ni 😀

    Reply
  5. mancai

    salam bro, kebetulan memang tengah mencari pun untuk mendaftarkan jenama atau cap dagangan ni… terima kasih bro dengan url yang di beri tu… bro tak buat ke?

    Reply
  6. zik

    hurm.. terima kasih diatas pemberitahuan itu… so lepas nie kalau ada benda/product nak di patentkan.. ke laman web atas tuh la…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *