Kos Permohonan Cap Dagangan

By | May 10, 2012

Setiap hari, saya menerima banyak pertanyaan tentang kos untuk memohon pendaftaran cap dagangan. Untuk memudahkan semua,  kos keseluruhan bagi permohonan cap dagangan di Malaysia adalah RM1500.00. Kos ini merangkumi:

  1. Fi Konsultasi – Ini adalah bayaran upah saya sebagai ejen yang menguruskan proses permohonan cap dagangan anda. Saya sebagai ejen akan memberi nasihat sama ada cap dagangan anda boleh didaftar atau tidak, melengkapkan borang permohonan anda, menghantar permohonan anda ke pejabat pendaftar, memantau status permohonan, memaklumkan sebarang surat maklum balas yang diterima dari pihak pendaftar dan segala khidmat rundingan berkaitan cap dagangan anda.
  2. Carian – Sebelum permohonan dihantar, carian akan dilakukan bagi memastikan cap dagangan yang ingin didaftar tidak pernah didaftar oleh mana-mana pihak.
  3. Lain-lain – Ini adalah kos pentadbiran dan pengurusan permohonan cap dagangan anda.
  4. Bayaran Permohonan dan Perlantikan Ejen – Ini adalah bayaran permohonan dan perlantikan saya sebagai ejen yang akan dibayar kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Bayaran di atas adalah kos untuk permohonan sahaja. Apabila cap dagangan anda diluluskan nanti, bayaran terakhir yang perlu dibayar ialah RM1100.00, untuk bayaran gazet dan sijil. Setiap permohonan yang diluluskan akan sah selama 10 tahun dan perlu dibuat pembaharuan setiap 10 tahun.

Pemohon boleh terdiri dari individu, perniagaan tunggal atau perkongsian (enterprise), syarikat sendirian berhad, agensi kerajaan, persatuan dan kelab atau institusi pengajian sama ada sekolah atau universiti/kolej.

Jika berminat untuk mendaftar, sila hantar emel ke [email protected] atau [email protected]. Atau terus hubungi saya di talian 019-3781629 (Azizi) atau 03-67317330 (Pejabat).

 

 

6 thoughts on “Kos Permohonan Cap Dagangan

  1. rosdy

    Assalammualaikum encik azizi.Saya ada soalan,adakah sama proses,untuk pendaftaran produk elekteik elektronik ,atau perlu pengesahan pesuruhjaya tenaga dahulu,baru pendaftaran cap dagangan boleh dilakukan? Terima kasih.

    Reply
  2. rosdy

    Assalammualaikum encik azizi.Saya ada soalan,adakah sama proses,untuk pendaftaran produk elekteik elektronik ,atau perlu pengesahan pesuruhjaya tenaga dahulu,baru pendaftaran paten boleh dilakukan? Terima kasih.

    Reply
  3. Pingback: Daftar Harta Intelek Anda Sekarang! – ZERALOGIES

  4. Yusniza

    Assalamualaikum…sy ada membuat modul pembelajaran…sy nak paternkan modul sy…boleh sy tahu ..logo tu mcm ne..sy xfaham la.. Reply secepat nya boleh..maaf

    Reply
  5. Mimi Malini Mohmad Fuzi

    Assalamualaikum En Azizi. Sy & kumpulan KIK telah mencipta sejenis alat untuk menguji tekanan udara di dalam makmal kimia. Kami ingin paternkan alat tersebut tetapi tidak tahu kategori yg mana. Mohon bantuan En Azizi. Terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *