Tahukah anda terdapat banyak perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bersama sistem operasi Windows? Anda tidak perlu membelinya kerana ia adalah percuma dan boleh dimuat turun. Fungsinya setanding perisian sumber tertutup yang perlu dibeli untuk mendapatkan lesen penggunaannya.
Perisian sumber terbuka dibangunkan oleh pembangun perisian bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk menggunakan sesuatu perisian dengan kos percuma disamping memperoleh fungsi yang setanding dengan perisian berbayar. Di sini saya ingin kongsikan beberapa perisian sumber terbuka yang boleh digunakan pada platform Windows:
PELAYAR WEB
Mozilla Firefox
Pelayar web percuma dan stabil dan dilengakpi dengan kemudahan untuk menambah pelbagai jenis plug-in.
PERISIAN PEJABAT
OpenOffice.org
Perisian Pejabat yang mempunyai pakej lengkap. Setanding dengan perisian pejabat Microsoft Office.
PEMAIN MEDIA
Miro
Perisian yang berkeupayaan memainkan pelbagai jenis fail video
Media Player Classic
Pemain media yang cukup berkuasa. Mampu untuk memainkan ke semua jenis fail audio dan video.
PERISIAN PERBUALAN
Pidgin
Perisian perbaualan yang mampu mengakses pelbagai akaun dalam satu masa seperti akaun Facebook, Yahoo dan MSN.
X Chat 2
Perisian perbualan IRC. Menyamai fungsi perisian mIRC
PENUKAR FORMAT VIDEO
Perisian yang mampu menukar format video kepada format mp4 dan juga i-phone.
PERISIAN GRAFIK
Gimp
Perisian untuk menyunting grafik yang setanding dengan perisian Adobe Photoshop
PERISIAN PENUKAR FORMAT DVD
Handbrake
Menukar format DVD kepada mp4, mpeg dan sebagainya.
PERISIAN PERAKAM BUNYI
Audacity
Perisian perakam bunyi yang mudah untuk digunakan.
PERISIAN PEMAMPAT FAIL
Peazip
Perisian untuk memampat fail dan membula fail-fail .zip dan sebagainya.
PERISIAN PEMINDAH FAIL
Filezilla
Perisian untuk memindah fail secara FTP ke komputer pelayan web.
wah banyak open source yang tak pernah dengar..thank for the info 🙂
Ni hanya yg kira popular je. Nak diikutkan ada byak lagi.
salam ceria..yo..oh..tak sangka ya begitu banyak yang percuma di maya..
cuma tinggal lagi kita nak guna pakai ke tidak..huhu
ekonomi skrg kurang bagus..lebih baik berjimat dari membazir tak tentu halakan..huhuh 🙂
Kalau dah ade yg percuma, buat ape nak belikan. Untuk syarikat2 yg save budget, elok pakai yg percuma ni. kalau pakai yg cetak rompak kang tak pasal2 komputer pejabat kena sita.
wow….setakat ni saya baru guna dua jer, firefox dan media player classic…yg lain belum pernah cuba..thanks brp info ni..nak kena cuba yg lain pulak
Dlm list diatas ada g yang tak guna, nanti nak cuba yg lain..nak tahu gak kegunaannya.
klo semua free sape pn xnak pakai microsoft pny produk plak nanti.. uhuhu
thanks for the info !
My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam
Saya guna Filezilla dan Mozilla Firefox sahaja. Kalau sapa2 guna Linux maka keseluruhannya adalah open source. Hehe macam2 ada.
salam..kene cuba GIMP tu..terima kasih.
Kalau guna Linux mmg ada semua perisian ni. Just install dari software manager shj.
Salam….wah..menarik2 juga software yg ada nih….percuma lagi tu….thanks for sharing.. 🙂
rasanya list software macam ni sudah lama ada.
Software2 kat atas tu mmg dah lama ada. Cuma masih ramai yg tak tau lagi. Sekadar berkongsi.
Saya suka open source. Yeah. 😀
kena cri yang original mmg mahal..tapi nak bli mmg tak mampu..pakailah dgn khidmat percuma ia pasti menjimatkan duit kocek kita..hehe
kalau open source memang beribu kat luar tu.. nak tak nak je… pendedahan cam bro kasi ni memang harus dilakukan selalu… tq2 bro
Betul, software open source ni perlu didedahkan supaya org tau ada alternatif lain selain software berbayar.
Dalam 10 tahun akan datang, Open Source akan muncul sebagai pemaju teknologi informasi di Malaysia.
.-= Syafrizal´s last blog ..Strategi Pintar HPA: HPA Halal Mart =-.
adobe photoshop cs5 sekali dengan nombor series nak tak???benda2 kt ats tu seach je kat google..blambak
nelly nak maksud perisian operasi sumber terbuka yang lebih terperinci untuk assignment..boleh tolong tak ? 🙂