Selain dari menguruskan pendaftaran, tugas sebagai ejen trademark juga termasuk membuat rayuan untuk trademark yang menerima bantahan dari MyIPO.
Jika permohonan yang saya uruskan dari peringkat awal biasanya jarang mendapat bantahan kerana semakan telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi, untuk yang membuat permohonan sendiri, banyak permohonan yang mendapat bantahan dan datang kepada saya untuk bantuan membuat rayuan.
Dan ada di antara bantahan yang diterima hampir tidak mempunyai peluang langsung untuk berjaya di dalam rayuan.
Antara sebab bantahan adalah tidak mengikut syarat pendaftaran yang ditetapkan Akta dan juga mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah sedia ada.
Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat bantahan. Jika tidak membuat rayuan, permohonan akan dibatalkan dan jika lewat membuat rayuan, penalti lewat akan dikenakan.
Hubungi saya 019-3781629 jika anda memerlukan bantuan untuk membuat rayuan cap dagangan.
Assalamualaikum tuan,
Jika kami menerima CD70 Surat Bantahan, adakah pihak tuan boleh menguruskan permohonan bagi pihak kami dan bagaimana dengan yuran atau pembayaran yang akan dikenakan kepada kami?
Terima kasih