Takaful dan Harta Intelek

By | July 8, 2010

Takaful dan harta intelek mungkin merupakan dua bidang yang berbeza namun ia mempunyai konsep yang sama iaitu perlindungan sebelum berlakunya sesuatu musibah atau masalah. Saya telah menceburi bidang harta intelek sejak tiga tahun lepas manakala di dalam bidang takaful pula pada awal tahun ini. Kedua-dua bidang ini banyak melibatkan interaksi bersama manusia dan juga  perniagaan.

Sebagaimana yang kita maklum, takaful merupakan bentuk perlindungan yang perlu dimiliki setiap manusia bagi menjamin perlindungan pendapatan dan juga kesihatan agar terpelihara. Perlindungan di sini adalah perlindungan dari risiko musibah seperti kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit. Perlindungan ini perlu diambil sebelum berlakunya tiga perkara ini dan jika perlindungan ini tidak diambil, masalah yang lebih besar akan berlaku.

Sebagai contoh, isteri yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami, jika suami meninggal dunia dan tidak meninggalkan sebarang harta, maka isteri tadi akan mempunyai masalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Akan tetapi, jika suaminya telah memiliki perlindungan takaful, duit hasil pampasan takafl boleh digunakan oleh isteri tadi untuk menampung keperluan hariannya sementara mencari sumber pendapatan lain.

Harta intelek pula merupakan bentuk perlindungan kepada aset-aset yang melibatkan produk, ciptaan, karya, rekaan dan juga konsep perniagaan secara keseluruhannya. Perlindungan Harta Intelek boleh didapati menerusi pendaftaran produk, ciptaan atau rekaan menerusi cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian.

Perlindungan ini perlu dimiliki sebelum berlakunya masalah atau penyalahgunaan harta intelek seseorang individu oleh individu yang lain. Sebagai contoh, En. A telah mendaftarkan jenama produk minumannya ALIBABA di bawah cap dagangan. Selepas mendapat sijil pendaftaran cap dagangan tersebut, En. A dapati En. B telah menjual produk minuman yang lain dengan jenama ALIBABA tanpa kebenarannya. Di sini En. A boleh terus membuat tindakan dengan menyaman En. B kerana menggunakan jenamanya tanpa kebenaran. Sebagai bukti, En. A telah menunjukkan sijil pendaftaran cap dagangan bagi mengesahkan yang En. A adalah pemilik yang diiktiraf undang-undang bagi cap dagangan tersebut. Dengan ini, En. A dapat menyelamatkan jenamanya dari terus digunakan tanpa kebenaran dan dari menanggung kerugian.

Jika En. A tidak mendaftarkan jenamanya, agak susah baginya untuk membuktikan dia adalah pemilik asal jenama ALIBABA. Jika ingin menggunakan mahkamah sebagai medium untuk menuntut ganti rugi dari En. B, kos yang perlu ditanggung adalah amat besar. Dan jika dia tidak mampu untuk ke mahkamah, besar kemungkinan perniagaannya akan lumpuh kesan dari kerugian yang dihadapi dari penyalahgunaan jenama oleh En. B.

Secara kesimpulannya, takaful dan harta intelek merupakan dua bentuk perlindungan yang perlu dimiliki sebelum berlakunya sesuatu musibah atau masalah yang lebih besar. Ketika ini masih ramai yang tidak sedar kepentingan kedua-dua bentuk perlindungan ini kerana beranggapan mereka tidak akan menghadapi sebarang musibah atau masalah pada masa hadapan. Namun ramai yang telah menderita dan menghadapi kerugian kesan dari tidak ambil endah tentang keperluan memiliki takaful dan pendaftaran harta intelek. Jadi, bertindaklah sekarang. Sebagai individu, miliki perlindungan takaful secepat mungkin, dan golongan usahawan dan peniaga, jika anda ada produk, berikan jenama dan daftar sebagai cap dagangan di bawah harta intelek.

6 thoughts on “Takaful dan Harta Intelek

  1. mancai

    orang melayu agak slow sikit pasal insuran ni… al maklum kena bayar bulan2.. tapi ikutlah bangsa lain kenapa derang amat berminat dan lebih pantas perkara2 yang macam ni… kelebihan untuk diri sendiri jugak…

    Reply
  2. suri

    sokong dgmr mancai sebab org mlyu terllu syangkan duit dema jer.bli barg sesuka hati tak kenan tempat..huhu..

    sedangkan bukannya utk sapa pun utk ksnagan diri sndri gak..masa dpan akan dtg..huhuh

    Reply
  3. Azizi Zulkefli

    Betul suri & mancai, kdg2 pelik dgn bangsa kita ni. Diorg meletakkan insurans/takaful sbg pilihan terkahir dlm perbelanjaan. Ada sorang prospek yg sy jumpa, beli Caldina boleh, tapi bila suruh amek takaful yg RM50 sebulan pun mcm2 alasan bagi. Kalau jadi ape2, dgn caldina sekali melayang.

    Reply
  4. zahida

    memang benda ni berbeza. kalau orang biasa macam saya , tak perlu la daftar harta intelek, sebab takde pun harta nya. betul ke

    Reply
  5. Azizi Zulkefli

    Kalau takde ape perkara yg jatuh dalam kategori harta intelek, tak perlula daftar. Tapi takaful semua org wajib ada.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *