Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

By | March 3, 2010

Google Translate

Google Translate merupakan satu lagi aplikasi web yang ditawarkan oleh Google untuk menterjemahkan perkataan dan laman web. Selain itu, ia juga berkeupayaan untuk menterjemah fail dokumen seperti ‘word’ dan ‘pdf’ ke dalam pelbagai bahasa yang disokong oleh Google Translate. 

Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini untuk laman ini dengan meletakkan satu pautan ‘English Version’ di bahagian tepi laman ini untuk memudahkan pembaca berbahasa inggeris membaca laman web ini

Google TranslateDi atas adalah antaramuka Google Translate. Untuk menterjemahkan laman web, anda hanya perlu memasukkan alamat laman web yang lengkap di kotak yang disediakan. Sekiranya anda ingin menterjemahkan perkataan atau ayat, sama juga, perkataan atau ayat tersebut perlu dimasukkan ke dalam kotak tersebut. Pilih bahasa yang sesuai untuk terjemahan tersebut, dari bahasa apa ke bahasa apa.

Untuk terjemahan perkataan, terjemahan akan dipaparkan serta merta, manakala untuk penterjemahan laman web atau fail dokumen, ia akan mengambil masa sedikit bagi Google Translate untuk memproses laman web atau fail tersebut. Walaubagaimanapun, terjemahan yang diberikan tidaklah tepat kerana ia berdasarkan terjemahan komputer dan sekadar cukup untuk difahami.

Untuk menterjemahkan blog Bahasa Melayu anda, pastikan anda menggunakan bahasa yang betul kerana Google Translate tidak berupaya menterjemah singkatan-singkatan perkataan. Jadi, gunakanlah bahasa Melayu yang betul semasa menulis jika anda mahu Google Translate menterjemahkan blog anda ke pelbagai bahasa dunia!


2 thoughts on “Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

  1. Azizi Zulkefli

    Betul, tak 100% tepat dari segi terjemahan. Rasanya google perlu perbaiki lagi. Mungkin dgn kerjasama dgn DBP ke.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *