Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

By | May 23, 2011

Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat.

Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah karakter kartun, tandatangan, gambar, tanda, perkataan, huruf dan simbol. Sebagai contoh, jika anda seorang pelukis atau penerbit kartun animasi dan watak animasi tersebut telah menjadi kegilaan peminat, anda boleh mendaftarkan watak atau karakter animasi tersebut sebagai cap dagangan. Cap dagangan watak atau karakter animasi ini kebiasaannya akan dijadikan sebagai jenama barangan aksesori atau pakaian.

Dengan pendaftaran watak atau karakter animasi sebagai cap dagangan, ia akan mengukuhkan lagi perlindungan kepada watak animasi tersebut. Jika anda seorang pelukis atau penerbit rancangan animasi, daftar watak animasi anda sebagai cap dagangan bagi mendapatkan perlindungan di bawah undang-undang cap dagangan.

Di bawah adalah antara contoh karakter animasi yang telah didaftarkan di Malaysia:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *