Cap Dagangan Bukan Tradisional (Non-Traditional Trade Mark)

Agak lama saya tidak menulis berkenaan harta intelek. Ini mungkin kerana fokus saya sebelum ini kepada bisnes takaful yang sedang saya jalankan ketika ini. Walaupun bidang baru saya ini (Takaful) agak menarik dan mampu memberi bantuan kepada peserta di saat-saat kecemasan, namun kerjaya di dalam bidang harta intelek masih perlu kerana kesedaran di dalam bidang ini terutama golongan Bumiputra masih ketinggalan.

Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan seorang pegawai pemeriksa cap dagangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO. Topik perbualan kami berkisar kepada perkembangan isu-isu harta intelek di Malaysia. Satu yang menarik perhatian saya semasa perbualan kami ialah MyIPO bakal menerima pendaftaran cap dagangan bukan tradisional sedikit masa lagi. Ini akan dilaksanakan selepas Akta Cap Dagangan dipinda bagi membenarkan pendaftaran cap dagangan bukan tradisional ini. Continue reading Cap Dagangan Bukan Tradisional (Non-Traditional Trade Mark)

Proton Inspira

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Proton secara rasmi mendedahkan model terbaru keluaran Proton yang dinamakan sebagai Proton Inspira. Model ini berasaskan medel Lancer dari Mitsubishi yang telah diberi sentuhan kosmetik oleh Proton.

Anda boleh melihat keratan akhbar tentang model terbaru Proton ini di sini.

Harga model terbaru ini bermula dari RM79,000 dan mungkin akan mula berada di pasaran selepas pelancaran rasminya nanti.

Barangan China, kualiti dan harga

Ketika ini, Negara kita dilambakkan dengan produk elektronik dari negara China. Televisyen, pemain DVD dan telefon bimbit antara barangan dari China yang banyak dijual di negara kita.

Jika dulu, kita hanya mendengan jenama-jenama besar seperti Panasonic, Samsung, LG dan Toshiba sebagai jenama utama barangan-barangan elektrik dan elektronik di pasaran. Namun pada hari ini, muncul pelbagai jenama-jenama yang cukup asing bagi kita seperti Konka, Tobishi, Weige, Nuodi dan sebagainya. Jenama-jenama ini mewakili pelbagai produk barangan terutamanya barangan elektrik.

Sejauh mana jenama-jenama baru ini boleh menawarkan produknya? Jawapannya ialah pada kualiti barangan. Semua sedia maklum barangan buatan negara China yang datang dengan jenama baru agak diragui kualitinya. Barangan ini seumpama barangan pakai buang di mana ia hanya oleh digunakan untuk tempoh seketika sahaja. Berbanding barangan yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka, kualitinya diakui dan boleh digunakan dalam tempoh yang panjang.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan barangan dari China dari jenama yang tidak terkenal yang pada umumnya memang mengecewakan. Pemain DVD hanya bertahan kurang dari dua tahun. Mungkin kerana harganya yang murah maka kualitinya pun murah. Sebuah telefon bimbit berjenama Malaysia tetapi dibuat di negara China tidak berfungsi dengan baik dan selalu ‘hang’ dan tidak stabil. Bateri cepat mengering walaupun hanya menggunakan aplikasi-aplikasi biasa seperti sms dan melayari wap. Continue reading Barangan China, kualiti dan harga