Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Hak Cipta, Harta Intelek | Posted on 29-03-2011
0
HAKCIPTA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM
Oleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman
(PhD Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM; M.A Syariah UKM; B.A Pengajian Islam Universiti Mu’tah, Jordan)
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
aswar@utm.my
1. PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi ikutan seluruh manusia. Teras perundangan Islam adalah wahyu iaitu Al-Quran dan Sunnah. Namun, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa, wahyu sudah lengkap dan tiada sebarang perubahan atau tambahan. Namun, permasalahan dalam hidup manusia, semakin hari semakin bertambah.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Pelayar Web, Uncategorized | Posted on 27-03-2011
0

Sebelum ini, saya telah pun membuat ulasan berkenaan pelayar-pelayar web utama yang digunakan ketika ini. Anda boleh membaca ulasan tersebut di sini. Selepas setahun, banyak perubahan yang telah berlaku kepada pelayar-pelayar web ini dari segi reka bentuk pelayar, sokongan skrip dan format web terkini serta kepantasan.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek | Posted on 23-03-2011
2

Hari Harta Intelek Negara tahin ini akan diadakan di Persada Johor, Johor Bahru pada 26 April 2011. Kepada yang duduk di sekitar Johor Bahru, bolehlah datang ke program ini untuk mendapatkan info-info berkaitan harta intelek.
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Cap Dagangan, Harta Intelek | Posted on 19-03-2011
0
Sebagaimana artikel saya yang lepas, peraturan-peraturan cap dagangan telah pun dipinda bagi memasukkan peraturan-peraturan baru dan semakan terhadap bayaran pendaftaran untuk cap dagangan dan juga paten.
Selepas pindaan dibuat, kaedah pembayaran bagi paten dan cap dagangan telah dibahagi kepada dua iaitu bayaran secara online dan bayaran secara manual. Secara amnya, bayaran secara online adalah lebih murah berbanding bayaran secara manual.
Untuk makluman anda semua, bayaran pendaftaran cap dagangan telah dinaikkan dari RM250 untuk satu permohonan kepada RM330 jika difailkan secara online dan RM370 jika difailkan secara manual. Kenaikan ini telah mula berkuatkuasa mulai 15 Februari 2011.
Pindaan peraturan-peraturan cap dagangan juga telah memasukkan peraturan baru berkaitan mempercepatkan proses pemeriksaan cap dagangan. Permohonan ini boleh dilakukan selepas empat bulan dari tarikh pemfailan. Peraturan ini membolehkan permohonan diproses dengan lebih cepat dan sijil pendaftaran akan dapat dikeluarkan lebih pantas berbanding kaedah pemeriksaan biasa. Namun begitu, peraturan mempercepatkan proses pemeriksaan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Sebab-sebab kepentingan awam
- Berlakunya pelanggaran cap dagangan atau prosiding pelanggaran cap dagangan sedang berlangsung
- Pendaftaran cap dagangan merupakan pra-syarat untuk mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan atau institusi-institusi yang diiktiraf.
- Sebab-sebab yang dirasakan munasabah.
Akan datang, Akta Cap Dagangan 1976 akan dipinda bagi mengemaskini akta sedia ada dan memasukkan perkara-perkara baru sejajar dengan perkembangan semasa. Kita nantikan pindaan yang akan dibentangkan di sidang parlimen akan datang