Perjanjian Perlesenan Pengguna Akhir (End User License Agreement)

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Hak Cipta, Perisian | Posted on 07-01-2011

2

Anda sudah tentu biasa melihat tetingkap di atas semasa memasang perisian Mozilla Firefox. Tetingkap di atas meminta pengguna untuk menerima perjanjian perlesenan penggunaan perisian Mozilla Firefox. Tetapi pernahkah kita membaca terma-terma penggunaan atau perjanjian perlesenan sebelum kita meneruskan pemasangan sesuatu perisian?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan perjajanjian perlesenan ini?

Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Perisian, Umum | Posted on 06-05-2010

20

Tahukah anda terdapat banyak perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bersama sistem operasi Windows? Anda tidak perlu membelinya kerana ia adalah percuma dan boleh dimuat turun. Fungsinya setanding perisian sumber tertutup yang perlu dibeli untuk mendapatkan lesen penggunaannya.

Perisian sumber terbuka dibangunkan oleh pembangun perisian bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk menggunakan sesuatu perisian dengan kos percuma disamping memperoleh fungsi yang setanding dengan perisian berbayar. Di sini saya ingin kongsikan beberapa perisian sumber terbuka yang boleh digunakan pada platform Windows:

OpenOffice.org, Alternatif Kepada Microsoft Office

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Perisian | Posted on 16-04-2010

7

Open Office

Untuk entri kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi perisian sumber terbuka yang dikenali sebagai OpenOffice.org. OpenOffice dibangunkan oleh Sun Microsystem dan dan mendapat tajaan Oracle Corporation.

OpenOffice sebagaimana sistem operasi Linux, diedarkan secara percuma! Anda boleh memuat turun perisian ini dan menyalinkannya ke CD atau DVD. Perisian ini tidak tertakluk kepada kekangan undang-undang hak cipta dari segi penggunaan kerana ia dilesenkan sebagai lesen awam di mana sesiapa sahaja boleh menyalin atau mengedarkan salinan perisian ini tanpa had.