Geran Penyelidikan & Pengkomersilan

By | August 1, 2011

UPDATE 2015: SAYA TIDAK LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI

Bagi para penyelidik, dana penyelidikan amat diperlukan bagi menampung kos penyelidikan yang ingin dijalankan.  Bagi penyelidik yang berkhidmat dengan pusat penyelidikan atau universiti, terdapat peruntukan bagi membiayai kos penyelidikan mereka. Namun peruntukan ini terhad dan para penyelidik terpaksa bersaing sesama mereka untuk mendapatkan dana ini.

Bagi mereka yang telah mempunyai produk pula, pengkomersilan adalah satu keperluan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat diperkembangkan di pasaran dan dapat dimanfaatkan oleh orang awam. Namun, kekangan dana menyebabkan ramai yang tidak beperluang untuk mengkomersilkan produk mereka.Cradle Investment Program menawarkan dana dalam bentuk geran untuk penyelidikan dan pengkomersilan produk. Terdapat 2 jenis data utama. Dana pertama untuk penyelidikan menghasilkan prototaip di mana dana ini boleh diperoleh sehingga RM150,000. Dana kedua ialah dana pengkomersilan dengan nilai geran sehingga RM500,000.

Untuk dana pertama, apa yang diperlukan ialah idea produk yang inovatif dan berpotensi untuk dikomersilkan. Produk tidak kira dari mana-mana teknologi. Bagi dana kedua pula, jika syarikat kurang dari tiga tahun dan telah mempunyai produk untuk dikomersilkan, dana dari Cradle Investment ini boleh dipohon.

Bagi yang berminat untuk memohon untuk kedua-dua dana ini, saya menawarkan perkhidmatan konsultasi permohonan geran. Segala urusan permohonan termasuklah penyediaan kertas kerja, rancangan perniagaan dan sebagainya akan dilakukan oleh saya dan konsultan-konsultan saya. Pemohon hanya perlu tunggu sahaja geran diluluskan. Pemohon tak perlu bayar apa-apa kepada kami sehinggalah geran diluluskan. Kalau tak lulus, kami anggap kerja-kerja yang dilakukan sebagai amal jariah. Walaubagimanapun kami akan berusaha mencari dana-dana lain yang sesuai untuk tujuan penyelidikan dan pengkomersilan.

Setakat hari ini, konsultan-konsultan saya telah berjaya mendapatkan geran untuk penyelidik-penyelidik di universiti tempatan dengan nilai hampir RM1 juta dari pelbagai jenis geran termasuklah Cradle Investment.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya melalui saluran di bawah:

E-mel: azizizulkefli@gmail.com atau telefon 019-3781629 (Azizi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *