Author Archives: Azizi Zulkefli

Maksud Tanda (TM) & (R) Pada Cap Dagangan

By | March 11, 2013

Mesti tuan-tuan biasa melihat beberapa logo diletakkan tanda (TM) dan (R) pada logo masing-masing. Apakah maksudnya tanda-tanda ini? Tanda (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Tanda… Read More »

Apple v. Samsung, Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu?

By | September 19, 2012

  Keputusan pihak juri di Amerika Syarikat telah menyebabkan pihak Samsung terpaksa membayar ganti rugi kerana melanggar hak paten yang dimiliki oleh pihak Apple. Antara hak paten yang dilanggar ialah rekabentuk bucu dan beberapa fungsi di dalam perisian iOS yang dimiliki Apple. Ada yang bertanya kepada saya, apakah keputusan di Amerika ini memberi kesan kepada… Read More »

Pendaftaran Sukarela Hak Cipta (Copyright Voluntary Registration)

By | June 1, 2012

Bermula hari ini, pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah mula menerima pendaftaran sukarela untuk sebarang kerja di bawah hak cipta. Pendaftaran ini bukanlah wajib kerana perlindungan bagi hak cipta diperoleh secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya dicipta.Walaubagaimanapun, pendaftaran ini boleh membantu pemilik karya membuktikan pemilikan sesuatu karya yang diciptanya. Untuk membuat pendaftaran ini,  tuan punya… Read More »

Program Kesedaran Harta Intelek Di ILSAS, UNITEN

By | May 12, 2012

  Pada 25 dan 26 April yang lepas, syarikat saya, AsicoNextech Sdn Bhd dengan kerjasama Mandarin Star Sdn Bhd yang diwakili Pn Aziyan Omar telah menganjurkan satu program kesedaran harta intelek di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) di Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Ini adalah julung kali program berkaitan harta intelek diadakan di pusat latihan… Read More »

Kos Permohonan Cap Dagangan

By | May 10, 2012

Setiap hari, saya menerima banyak pertanyaan tentang kos untuk memohon pendaftaran cap dagangan. Untuk memudahkan semua,  kos keseluruhan bagi permohonan cap dagangan di Malaysia adalah RM1500.00. Kos ini merangkumi: Fi Konsultasi – Ini adalah bayaran upah saya sebagai ejen yang menguruskan proses permohonan cap dagangan anda. Saya sebagai ejen akan memberi nasihat sama ada cap… Read More »

Permohonan Sebut Harga

By | May 1, 2012

Salam, Setiap hari, saya menerima banyak emel dari pelawat blog ini yang ingin bertanyakan tentang sebut harga pendaftaran cap dagangan. Jika emel, mesej Facebook atau komen anda di ruangan komen tidak berbalas selepas 3 hari, harap dapat sms atau telefon saya. Ada kemungkinan saya terlepas pandang emel, mesej dan komen anda. Jika anda berada di… Read More »

Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

By | December 29, 2011

Pendaftaran cap dagangan adalah bersifat kewilayahan (territorial). Jika anda telah membuat pendaftaran cap dagangan di Malaysia, anda hanya akan mendapat perlindungan di Malaysia sahaja. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melebarkan perniagaaan anda di luar negara, anda juga perlu merancang berkenaan pendaftaran cap dagangan di negara-negara berkenaan. Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport produk anda ke… Read More »

Daftar Cap Dagangan Dahulu, Baru Promosikan Produk

By | December 2, 2011

Ramai usahawan yang saya jumpa di luar sana menganggap pendaftaran cap dagangan tidak perlu, selagi mana perniagaan mereka masih tidak menjana keuntungan. Mereka lebih sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan promosi di televisyen, akhbar dan majalah daripada mengeluarkan perbelanjaan untuk mendaftarkan cap dagangan milik mereka. Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh majoriti usahawan kita.… Read More »