Bila menggunakan khidmat ejen untuk urusan trademark, semua surat menyurat dari MyIPO akan dihantar kepada ejen. Dan tugas ejen pula akan memaklumkan kepada pemohon dan menasihatkan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi mengambil tindakan berkaitan surat yang dihantar.
Dengan cara ini, boleh meminimakan risiko permohonan dibatalkan akibat tidak menjawab surat yang dihantar oleh MyIPO. Apabila permohonan dibatalkan, nama yang sama boleh dipohon semula oleh pihak lain apabila telah sampai tempoh tertentu.
Sebagai contoh satu kes pemohon di Kelantan, trademarknya sudah pun lulus, tetapi akibat tidak menjawab semula surat kelulusan yang dihantar kerana sibuk, permohonannya telah digugurkan. Dan dia terpaksa menukar jenamanya kerana nama yang digunakannya sebagai trademark telah pun dipohon oleh pihak lain dan sudah dikeluarkan sijil.
Jadi, untuk usahawan yang super duper sibuk atau syarikat-syarikat besar yang tidak mempunyai kepakaran berkenaan trademark, elok sahaja diserahkan kepada ejen berdaftar. Cuma ongkosnya sedikit lebih berbanding mohon sendiri. Tetapi ongkos yang sedikit lebih ni mungkin boleh menyelamatkan jenama anda dari kesilapan-kesilapan yang boleh menyebabkan permohonan dibatalkan.
I could not refrain from commenting. Perfectly written! Katusha Brockie Rem