Pada 4 April 2018 yang lepas, saya telah berkesempatan untuk memberikan taklimat kepada kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Ipoh, Perak. Sesi berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan kehadiran kira-kira 40 orang kakitangan.
Antara yang dikongsikan di dalam taklimat ini adalah pengetahuan asas berkenaan cabang-cabang harta intelek. Maklumbalas yang diterima amat positif dan banyak memberi kefahaman kepada kakitangan jabatan berkenaan jenis-jenis harta intelek.