P1 Wimax – Satu Ulasan

By | February 12, 2010

p1

Salam,

Untuk entri kali ini, saya akan membuat ulasan berkenaan penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang semakin meningkat naik di negara kita, P1 Wimax. P1 Wimax dikendalikan syarikat Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. P1 Wimax menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tanpa wayar yang menggunakan modem khas untuk mendapatkan isyarat internet.

Image460

Gambar di atas adalah modem P1 Wimax yang saya gunakan ketika ini. Saya telah melanggan perkhidmatan P1 Wimax pada Ogos 2009. Saya telah memilih pakej Home Lite dengan kelajuan muat turun 400 Kbps dengan yuran langganan bulanan RM49.00. Untuk pakej ini, kadar muat turun maksima bulanan dihadkan kepada 5GB.  Sekiranya jumlah muat turun bulanan melebihi had yang ditetapkan, kelajuan keseluruhan akan dikurangkan. Ini bergantung kepada pakej yang di ambil. Setakat hari ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun saya mengambil pakej yang paling rendah sekali. Saya telah menjalankan ujian kelajuan muat turun pakej 400Kbps dan di bawah adalah keputusannya:

speedtest

Saya tidak tahu kadar ketepatan ujian di atas kerana kadar kelajuan muat turun yang dipaparkan ialah 0.42 Mb/s atau bersamaan 420 Kbps. Ini bermakna kelajuannya 20Kbps lebih dari pakej yang ditawarkan. Ini sudah bagus!

Dari segi liputan perkhidmatan, liputan P1 Wimax masih bertumpu di kawasan bandar-bandar utama dan masih banyak lagi kawasan yang perlu diadakan liputan. Malah di Lembah Klang sendiri masih banyak kawasan yang tidak mempunyai liputan P1 Wimax.  Semasa saya mula melanggan P1 Wimax, saya masih lagi tinggal di Kota Damansara dan P1 Wimax mempunyai liputan yang baik di sana. Apabila saya hendak berpindah ke rumah sekarang di Subang Impian U5, saya agak bimbang sekiranya tiada liputan di kawasan ini memandangkan carian yang saya buat di laman web P1 Wimax menunjukkan tiada sebarang liputan.

Coveragep1

Walaubagaimanapun, setelah berpindah, saya cukup lega apabila modem saya mendapat isyarat yang cukup baik. Bukan setakat baik malah mendapat liputan penuh lagi. Liputan penuh bermakna lampu berwarna hijau akan menyala di modem, kuning liputan sederhana dan merah untuk liputan rendah. Saya merasakan liputan yang dipaparkan di laman web tersebut hanyalah jangkaan yang dibuat oleh komputer dan tidak memaparkan liputan yang sebenar.

Image463

Lampu hijau untuk liputan penuh

Dari segi promosi, P1 Wimax telah menjalankan promosi besar-besaran untuk memperkenalkan perkhidmatan wimax ini. Promosi yang amat berkesan adalah kempen ‘potong’ yang membawa maksud potong perkhidmatan internet yang lain. Promosi ini betul-betul mencabar kedudukan Streamyx sebagai peneraju internet jalur lebar sebelum ini di mana ramai pelanggan Streamyx telah bertukat kepada P1 Wimax.

potong

Promosi “potong’ P1 Wimax

potong11

Iklan Streamyx sebagai reaksi kepada promosi ‘potong’ P1 Wimax

Saya berpendapat kemunculan pemain baru di dalam industri penyedia perkhidmatan internet jalur lebar memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih penyedia yang dapat menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bagi saya, saya berpuas hati dengan perkhidmatan P1 Wimax yang saya telah guna selama 6 bulan.

Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Mungkin ada pengguna lain yang mempunyai pengalaman yang berbeza dan boleh dikongsikan bersama.

Laman web P1: http://www.p1.com.my




8 thoughts on “P1 Wimax – Satu Ulasan

  1. Babyblogger

    sy tinggal di kota bharu…rumah tepi saya ok signalnya..rumah saya tak ok. apapun, lagi banyak penyedia perkhidmatan ni lagi bagus..lebih sihat persaingannya dan yg untung nanti pengguna juga.

    Reply
    1. Azizi Zulkefli

      liputan intenet mudah alih ni berbeza ikut kawasan. Kalau dekat dengan pemancar dia, baiklah isyarat yang dapat. tapi betul, persaingan membuatkan pengguna lebih untung

      Reply
  2. MSR

    Saya mmg ingin menggunakan wimax ini, tapi masalahnya saya selalu travel dan memandangkan coverage wimax ini belum meluas seperti celcom dan maxis, terpaksa batalkan hasrat. Setakat ni pakai celcom broadband ajelah

    Reply
  3. Firdauz

    Saya baru ambik wimax jenis 4G semalam.sya kt kwsan bangi.tp lampu yg menyala hnya 2 sja.lmpu ketiga x menyala.dh la slow.sya ambik pakej 20G.sya ingat line tak kuat la kt cni.

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      P1 ni tgk kawasan jgk. Ada tempat OK ada tempat tak OK

      Reply
  4. roy

    rumah saya tidak mempunyai signal di kuala terengganu,kuala berang saya ingin tahu kawasan manakah signal di kuala terengganu,kuala berang ada

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *