Maksud Tanda (TM) & (R) Pada Cap Dagangan

By | March 11, 2013

tm

Mesti tuan-tuan biasa melihat beberapa logo diletakkan tanda (TM) dan (R) pada logo masing-masing. Apakah maksudnya tanda-tanda ini?

Tanda (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan.

Tanda (R) pula ialah tanda menunjukkan sesuatu logo atau cap dagangan telah mendapat kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Untuk menggunakan tanda ini, pemilik logo mestilah telah mendapat sijil pendaftaran daripada pihak pendaftar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cap dagangan, boleh hubungi saya Azizi di talian 019-3781629.

Apple v. Samsung, Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu?

By | September 19, 2012

 

Keputusan pihak juri di Amerika Syarikat telah menyebabkan pihak Samsung terpaksa membayar ganti rugi kerana melanggar hak paten yang dimiliki oleh pihak Apple. Antara hak paten yang dilanggar ialah rekabentuk bucu dan beberapa fungsi di dalam perisian iOS yang dimiliki Apple.

Ada yang bertanya kepada saya, apakah keputusan di Amerika ini memberi kesan kepada pengguna di Malaysia. Ini kerana ada pembuat telefon di Malaysia bimbang di saman Apple kerana menggunakan rekabentuk bucu melengkung seperti mana paten yang dimiliki oleh Apple.

Jawapan saya ialah, Malaysia tidak menerima kesan di atas penghakiman ini kerana sebab-sebab berikut:

  1. Penghakiman di Amerika hanya terpakai di Amerika sahaja, jika Apple inginkan kesan yang sama di Malaysia, Apple perlu menyaman Samsung di Malaysia.
  2. Undang-undang harta intelek seperti paten dan cap dagangan adalah bersifat kewilayahan. Setiap perlindungan harta intelek hanya akan dilindungi di negara di mana pendaftaran diperolehi. Jika sesuatu paten atau ciptaan hanya didaftar di Amerika, tidak di Malaysia, maka perlindungan paten tersebut hanya didapati di Amerika sahaja.
  3. Undang-undang harta intelek di Amerika mempunyai perbezaan dengan undang-undang harta intelek di Malaysia. Di Amerika, mereka mempunyai paten rekabentuk atau design paten, manakala di Malaysia, kita memanggilnya sebagai rekabentuk industri atau industrial design. Keperluan atau syarat-syarat pendaftaran design paten dan industrial design agak berbeza.

Kes yang sama juga telah di bawa ke beberapa negara lain seperti Korea dan Jepun dan kedua-dua negara ini memberi keputusan yang berbeza dengan keputusan yang dibuat di Amerika Syarikat, di mana keputusan tidak menyebelahi Apple sepenuhnya. Ramai yang berpendapat Apple boleh ‘menang’ di Amerika kerana ia adalah negara kelahirannya dan Amerika menggunakan sistem juri di mana juri yang membuat keputusan, berbeza dengan negara lain di mana hakim yang mahir dengan undang-undang paten memberikan keputusan.

Kesimpulannya, ekosistem harta intelek adalah berdasarkan negara. Jadi kepada pencipta dan pengeluar produk yang mempunyai paten atau cap dagangan, mereka perlu merancang mengenai harta intelek mereka jika ingin meluaskan pasaran ke luar negara. Jangan sampai sebelum produk tiba ke negara tersebut, sudah ada lambakan produk yang sama telah dijual terlebih dahulu.

Pendaftaran Sukarela Hak Cipta (Copyright Voluntary Registration)

By | June 1, 2012

Bermula hari ini, pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah mula menerima pendaftaran sukarela untuk sebarang kerja di bawah hak cipta. Pendaftaran ini bukanlah wajib kerana perlindungan bagi hak cipta diperoleh secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya dicipta.Walaubagaimanapun, pendaftaran ini boleh membantu pemilik karya membuktikan pemilikan sesuatu karya yang diciptanya.

Untuk membuat pendaftaran ini,  tuan punya hak cipta mestilah menyertakan sekali dengan salinan karya sama ada dalam bentuk hard copy atau soft copy. Salinan karya ini juga mesti didatangkan bersama satu akuan bersumpah menyatakan pemilikan sesuatu karya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran ini, hubungi saya Azizi 019-3781629.

Program Kesedaran Harta Intelek Di ILSAS, UNITEN

By | May 12, 2012

 

Pada 25 dan 26 April yang lepas, syarikat saya, AsicoNextech Sdn Bhd dengan kerjasama Mandarin Star Sdn Bhd yang diwakili Pn Aziyan Omar telah menganjurkan satu program kesedaran harta intelek di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) di Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Ini adalah julung kali program berkaitan harta intelek diadakan di pusat latihan untuk kakitangan TNB ini. Program dua hari ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai cap dagangan dan hak cipta.

Continue reading

Kos Permohonan Cap Dagangan

By | May 10, 2012

Setiap hari, saya menerima banyak pertanyaan tentang kos untuk memohon pendaftaran cap dagangan. Untuk memudahkan semua,  kos keseluruhan bagi permohonan cap dagangan di Malaysia adalah RM1500.00. Kos ini merangkumi:

  1. Fi Konsultasi – Ini adalah bayaran upah saya sebagai ejen yang menguruskan proses permohonan cap dagangan anda. Saya sebagai ejen akan memberi nasihat sama ada cap dagangan anda boleh didaftar atau tidak, melengkapkan borang permohonan anda, menghantar permohonan anda ke pejabat pendaftar, memantau status permohonan, memaklumkan sebarang surat maklum balas yang diterima dari pihak pendaftar dan segala khidmat rundingan berkaitan cap dagangan anda.
  2. Carian – Sebelum permohonan dihantar, carian akan dilakukan bagi memastikan cap dagangan yang ingin didaftar tidak pernah didaftar oleh mana-mana pihak.
  3. Lain-lain – Ini adalah kos pentadbiran dan pengurusan permohonan cap dagangan anda.
  4. Bayaran Permohonan dan Perlantikan Ejen – Ini adalah bayaran permohonan dan perlantikan saya sebagai ejen yang akan dibayar kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Bayaran di atas adalah kos untuk permohonan sahaja. Apabila cap dagangan anda diluluskan nanti, bayaran terakhir yang perlu dibayar ialah RM1100.00, untuk bayaran gazet dan sijil. Setiap permohonan yang diluluskan akan sah selama 10 tahun dan perlu dibuat pembaharuan setiap 10 tahun.

Pemohon boleh terdiri dari individu, perniagaan tunggal atau perkongsian (enterprise), syarikat sendirian berhad, agensi kerajaan, persatuan dan kelab atau institusi pengajian sama ada sekolah atau universiti/kolej.

Jika berminat untuk mendaftar, sila hantar emel ke [email protected] atau [email protected]. Atau terus hubungi saya di talian 019-3781629 (Azizi) atau 03-67317330 (Pejabat).

 

 

Permohonan Sebut Harga

By | May 1, 2012

Salam,

Setiap hari, saya menerima banyak emel dari pelawat blog ini yang ingin bertanyakan tentang sebut harga pendaftaran cap dagangan. Jika emel, mesej Facebook atau komen anda di ruangan komen tidak berbalas selepas 3 hari, harap dapat sms atau telefon saya. Ada kemungkinan saya terlepas pandang emel, mesej dan komen anda. Jika anda berada di sekitar Lembah Klang, saya alu-alukan anda untuk terus sms atau menelefon saya untuk mengadakan temujanji.

Terima kasih

Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

By | December 29, 2011

Pendaftaran cap dagangan adalah bersifat kewilayahan (territorial). Jika anda telah membuat pendaftaran cap dagangan di Malaysia, anda hanya akan mendapat perlindungan di Malaysia sahaja. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melebarkan perniagaaan anda di luar negara, anda juga perlu merancang berkenaan pendaftaran cap dagangan di negara-negara berkenaan.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport produk anda ke Brunei, Indonesia, Perancis dan Jepun, anda perlu membuat permohonan pendaftaran di semua negara-negara tadi. Jika tidak, cap dagangan anda tidak akan dilindungi.

Setiap negara mempunyai prosedur dan kadar bayaran pendaftaran yang berbeza. Justeru itu, bagi usahawan yang merancang untuk melebarkan sayap ke luar negara, rancang dahulu negara mana yang berpotensi dan buat permohonan pendaftaran cap dagangan sebelum memasarkan produk di negara-negara yang telah dirancang. Pendaftaran cap dagangan di luar negara amatlah penting bagi melindungi cap dagangan dari disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di negara-negara berkenaan. Continue reading

Daftar Cap Dagangan Dahulu, Baru Promosikan Produk

By | December 2, 2011

Ramai usahawan yang saya jumpa di luar sana menganggap pendaftaran cap dagangan tidak perlu, selagi mana perniagaan mereka masih tidak menjana keuntungan.

Mereka lebih sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan promosi di televisyen, akhbar dan majalah daripada mengeluarkan perbelanjaan untuk mendaftarkan cap dagangan milik mereka.

Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh majoriti usahawan kita. Apabila mereka mempromosikan jenama atau cap dagangan mereka melalui media, cap dagangan mereka sebenarnya telah pun terdedah kepada pelbagai ancaman komersil seperti cetak rompak, peniruan dan sebagainya.

Tanpa perlindungan melalui pendaftaran cap dagangan, agak susah bagi pemilik cap dagangan yang tidak berdaftar untuk mengambil tindakan terhadap pelaku ancaman-ancaman ini.

Ikuti artikel lengkap di Majalah Niaga