Geran Penyelidikan & Pengkomersilan

By | August 1, 2011

UPDATE 2015: SAYA TIDAK LAGI MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI

Bagi para penyelidik, dana penyelidikan amat diperlukan bagi menampung kos penyelidikan yang ingin dijalankan.  Bagi penyelidik yang berkhidmat dengan pusat penyelidikan atau universiti, terdapat peruntukan bagi membiayai kos penyelidikan mereka. Namun peruntukan ini terhad dan para penyelidik terpaksa bersaing sesama mereka untuk mendapatkan dana ini.

Bagi mereka yang telah mempunyai produk pula, pengkomersilan adalah satu keperluan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat diperkembangkan di pasaran dan dapat dimanfaatkan oleh orang awam. Namun, kekangan dana menyebabkan ramai yang tidak beperluang untuk mengkomersilkan produk mereka. Continue reading

Ejen Cap Dagangan (Trade Mark Agent)

By | June 27, 2011

principle

Saya adalah ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. Saya diberi amanah untuk mengendalikan proses permohonan bagi pihak pemohon dan lain-lain perkara yang melibatkan permohonan dan pendaftaran cap dagangan. Sebagai seorang ejen, saya juga akan memberikan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran cap dagangan. Continue reading

Video – Cap Dagangan

By | May 24, 2011

Ada dua video yang ingin saya kongsikan berkenaan cap dagangan. Video ini saya peroleh dari saluran YouTube IPMalaysia. Saya tidak pasti sama ada video-video ini pernah disiarkan televisyen. Walaubagaimanapun, video-video ini cukup bagus untuk semua mendapatkan informasi asas berkenaan cap dagangan di dalam bentuk video.

Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

By | May 23, 2011

Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat.

Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah karakter kartun, tandatangan, gambar, tanda, perkataan, huruf dan simbol. Sebagai contoh, jika anda seorang pelukis atau penerbit kartun animasi dan watak animasi tersebut telah menjadi kegilaan peminat, anda boleh mendaftarkan watak atau karakter animasi tersebut sebagai cap dagangan. Cap dagangan watak atau karakter animasi ini kebiasaannya akan dijadikan sebagai jenama barangan aksesori atau pakaian.

Dengan pendaftaran watak atau karakter animasi sebagai cap dagangan, ia akan mengukuhkan lagi perlindungan kepada watak animasi tersebut. Jika anda seorang pelukis atau penerbit rancangan animasi, daftar watak animasi anda sebagai cap dagangan bagi mendapatkan perlindungan di bawah undang-undang cap dagangan. Continue reading

Hak Cipta Menurut Islam

By | March 29, 2011

HAKCIPTA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM
Oleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman
(PhD Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM; M.A Syariah UKM; B.A Pengajian Islam Universiti Mu’tah, Jordan)
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
[email protected]

1. PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi ikutan seluruh manusia. Teras perundangan Islam adalah wahyu iaitu Al-Quran dan Sunnah. Namun, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa, wahyu sudah lengkap dan tiada sebarang perubahan atau tambahan. Namun, permasalahan dalam hidup manusia, semakin hari semakin bertambah. Continue reading