Baru baru ini saya mendapat e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang pendaftaran slogan sebagai cap dagangan. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana untuk mendaftarkan slogan.
Sebelum saya pergi lebih jauh, slogan dalam konsep penjenamaan merujuk kepada satu frasa perkataan yang merujuk kepada kualiti, sifat atau gambaran kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebiasaannya slogan digunakan di dalam pengiklanan bagi mencetuskan satu frasa yang unik yang dapat diingati oleh pelanggan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Antara contoh slogan yang biasa kita dengar dan lihat di media seperti slogan Bank Rakyat ‘Bank Pilihan Anda’, McDonalds ‘I’m lovin it’ dan KFC ‘It’s Finger Lickin Good’.
Slogan boleh didaftarkan sebagai cap dagangan untuk mendapatkan perlindungan dan penggunaan eksklusif. Ia boleh didaftarkan secara gabungan bersama logo atau didaftarkan berasingan. Namun begitu, slogan kebiasaannya menggunakan perkataan umum dan merujuk kepada mutu atau sifat sesuatu barangan atau produk dan ini tidak selaras dengan kehendak sesyen 10(1)(d) Akta Cap Dagangan 1976 yang melarang penggunaan perkataan yang bersifat rujukan di dalam cap dagangan.
Walaubagaimanapun, slogan biasanya akan didaftarkan mengikut keperluan di bawah seksyen 10(1)(e) iaitu cap dagangan yang unik atau distinktif. Untuk mendapatkan pendaftaran ini, pendaftar cap dagangan akan meminta bukti penggunaan dikemukakan bagi menyokong pendaftaran slogan tersebut. Untuk slogan, bukti penggunaan yang biasa dikemukakan adalah bahan-bahan pengiklanan, promosi media dan penggunaannya di bungkusan sesuatu produk. Bukti-bukti penggunaan ini perlu difailkan dalam bentuk akuan bersumpah dan disertakan bersama hujahan bertulis bagi menyokong pendaftaran slogan tersebut.
Pendaftaran slogan adalah sama seperti pendaftaran cap dagangan yang lain. Borang TM5 perlu dikemukakan bagi tujuan pendaftaran. Di bawah antara contoh slogan-slogan yang berjaya didaftarkan di Malaysia. Kesemuanya digabungkan bersama logo bagi memastikan slogan tersebut unik dan menambahkan peluang untuk diterima pendaftaran sebagai cap dagangan.
(Selleys – If It Selleys It Works)
(Subalipack – Pack It. Move It)
(M – I’m Lovin It)
intangible assets nih!!
.-= SharkFiq´s last blog ..MaHaSiSWa BeRuMaHTaNGGa oleh USTaZaH SiTi NoR BaHYaH MaHaMooD & SuaMi =-.
Betul, intangible assets.
nak pilih logo, slogan dan motto pun kena hati2 kalau tak kene saman la jawabnya
.-= Syafrizal´s last blog ..Comment Luv – Mari kita tengok siapa bagi cinta =-.
Betul, tu sbb sblm buat pendaftaran kena buat carian dulu untuk pastikan slogan atau logo kita tak sama dgn org lain.
peh macam sikit rumit yang ni kalau nak daftar logo tu ok lagi…
daftar logo.. belum terfikir lagi…tapi penting tuh.. baru ada kelainan..
.-= zik´s last blog ..Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. =-.
berinformasi, dulu pernah baca kes McD lawan McCurry..last2 rasanya McCurry boleh guna Mc tu kot 😀
.-= etomyam´s last blog ..Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan =-.
Betul, Mc Curry menang kes tu. Court kata perkataan Mc tu satu yg biasa dan boleh diguna sesiapapun.
salam..ho macam tu ke..nanti bila dah ada cap sendiri maka org lain dah tak blh copyright la yer..
klu sapa curi cap tu nanti orang yang tak bertanggungjawb kena dendalah yer,sb mencuri cap org lain..hehe..(yg ni suri paham2 sendirilah)
@Suri: Kalau dah ada cap sendiri, org lain bukan tak boleh copyright, tapi tak boleh tiru, guna atau daftar cap yg sama dgn kita.
Our trademark attorneys are often asked to speak about “How to trademark a brand?” Trademark registration is the most important thing a company can do to protect its brands, logos and slogans. We do not recommend attempting to register your trademarks without the assistance of a qualified trademark attorney.
kalau gabungan nama yang sudah didaftarkan contohnya, McKFC, boleh tak agak-agak?
.-= zahida´s last blog ..Sedap ke makan kelawar? =-.
Kalau Mc KFC tu mmg terang2 tak boleh. Sebabnya KFC dan McD menawarkan konsep perniagaan dan produk makanan yang sama.
Berbeza dalam kes Mc Curry, Mc Curry tak menjual produk yg sama mcm McD dan konsep perniagaan pun tak sama. itu yg disebut hakim dalam kes ni.
emmm entri yg begitu infomatif..
i like.. baru tau syarat2 dan prosedur nak daftar benda2 gitu..
Informasi yang sanggat berguna untuk menjalankan perniagaan. Loga dan slogan adalah kepercayaan pengguna. Namun perlu dititikberatkan sebelum mencipta slogan dan logo yang mana ianya berkaitan dengan produk yg ditawarkan.
hohoh..ingatkan blh suka2 jer buat slogan itu ini..rupa2nya kena isi borg juga..huhuhu