Tag Archives: Harta Intelek

Gerak Gempur Cetak Rompak

By | May 10, 2010

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan penguatkuasaan penuh terhadap segala bentuk cetak rompak mulai 10 Mei 2010 yang akan dikenali sebagai Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR). Gerak Gempur Cetak rompak akan disertai oleh agensi kerajaan seperti polis, kementerian berkaitan, MyIPO dan juga syarikat-syarikat swasta. Objektif Gerak Gempur Cetak Rompak ini akan mengandungi… Read More »

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

By | April 30, 2010

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut. Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu… Read More »

PETIKAN BERITA: Melindungi harta intelek syarikat IKS tempatan

By | April 23, 2010

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyorot satu pengalamannya mengenai kerugian besar yang dialami seorang pengusaha produk air mineral. Ketika itu, air mineralnya amat digemari ramai. Sebut sahaja jenamanya, pasti mendapat tempahan tinggi daripada para peniaga berdekatan Alor Setar, Kedah. Sayangnya, Hilmi (bukan nama sebenar) tidak mengendahkan keperluan produk air mineral keluarannya mempunyai cap dagangan. Ketika… Read More »

PETIKAN BERITA: Ismail Sabri: Kesedaran Mengenai Harta Intelek Penting

By | April 22, 2010

Penganjuran Hari Harta Intelek dibawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 26 dan 27 April ini telah masuk edisi keenam. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai elemen yang terdapat dalam harta intelek dan kepentingan mengenai perkara itu terutama kepada peniaga yang terlibat dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Atas dasar tersebut,… Read More »

Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten

By | April 21, 2010

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya ingin menerangkan secara umum apakah itu paten. Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang istilah paten tetapi tidak mengetahui secara terperinci tentangnya. Paten merupakan salah satu cabang yang terdapat di dalam kelompok harta intelek. Undang-undang paten di Malaysia ditadbir menerusi Akta Paten 1983 dan dari segi urusan pendaftaran… Read More »

Kekeliruan Tentang Harta Intelek

By | April 4, 2010

Saya seringkali berhadapan dengan situasi di mana ada klien-klien saya yang masih keliru dengan istilah harta intelek atau intellectual property (IP). Ramai menganggap IP itu adalah paten, cap dagangan itu adalah paten dan sebagainya. Malah media massa sendiri ada tersilap tentang penggunaan istilah harta intelek ini. Saya pernah menonton satu slot berita di RTM yang… Read More »

Telekung Boleh Didaftarkan Di Bawah Harta Intelek?

By | March 22, 2010

Semasa saya melayari internet hari ini, saya telah terjumpa satu laman web yang menjual produk telekung jenama Siti Khadijah.  Apa yang menarik perhatian saya ialah telekung ini telah berjaya didaftarkan di bawah reka bentuk perindustrian, salah satu cabang harta intelek. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti secara terperinci aspek pendaftaran telekung ini sama ada aspek perlindungan… Read More »

PETIKAN BERITA: KPDNKK Percepat Pinda Akta Berkaitan Harta Intelek

By | March 18, 2010

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempercepatkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Hakcipta 1987, Akta Paten 1983 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 bagi mempertingkatkan perlindungan harta intelek sektor industri tempatan. Dijangka mula dibentangkan di Parlimen Jun ini, pindaan itu dibuat ekoran kegagalan banyak syarikat terutama… Read More »

Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

By | March 17, 2010

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996. Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang… Read More »

Harta Intelek – Cap Dagangan

By | February 18, 2010

Sebelum ini saya telah menerangkan secara umum mengenai apakah itu harta intelek. Untuk entri kali ini, saya akan menerangkan mengenai salah satu cabang harta intelek iaitu cap dagangan atau ‘trade mark’ di dalam bahasa inggeris. Cap dagangan merujuk kepada satu tanda yang dapat membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan barangan atau… Read More »