Semasa saya membaca akhbar The Sun hari ini, saya tertarik kepada satu iklan pengendali perkhidmatan wimax terbaru negara, Yes Wimax. Yes dikendalikan YTL Communications Sdn Bhd dan produk-produk Yes akan dilancarkan pada 19 November 2010.
Yes dikhabarkan akan menawarkan pelan data dan suara di dalam satu pakej yang mampu dimiliki. Dengan satu pendaftaran, pelanggan akan berpeluang menggunakan perkhidmatan data dan suara sekaligus. Perkhidmatan suara Yes dibekalkan dengan nombor talian yang bermula dengan 018. Pra-pendaftaran telah pun dibuka di laman web http://www.yes.my.
Sejauh mana hebatnya Yes, kita tunggu sahaja. Dengan kemunculan pengendali jalur lebar terbaru ini akan memberi lebih pilihan kepada pengguna. Kalau pengendali lain tak nak kehilangan pelanggan, kualiti perkhidmatan patutlah ditingkatkan.
jangan indah khabar dari rupa hehe
banyak kali terkena
.-= Syafrizal´s last blog ..Garam Bukit HPA dari Pergunungan Himalaya =-.
Tula, jgn masa launching je ckp boleh bagi servis terbaik. Tapi lepas tu makin teruk pulak.
dah buat testing.. memang laju… guna sistem 4g… namun kira2 balik macam tak berbaloi je… ke aku yang salah kira… kredit yang paling rendah boleh top-up rm 30… berapa jam sangat la tu.. kalau kredit ada balance tak boleh continue untuk bulan depan, kira hangus… register tak ada contract…