Salam kepada semua pembaca laman Zeralogies.
Saya ucapkan selamat datang kepada semua ke laman Zeralogies terutama bagi mereka yang baru sahaja tahu atau mendapat tahu kewujudan laman ini. Kepada yang masih setia mengikuti perkembangan dunia harta intelek & teknologi melalui laman Teralogies dahulu hinggalah berpindah ke laman Zeralogies ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih.
Kepada yang masih baru dengan laman ini, artikel-artikel yang telah diterbitkan sebelum 6 Januari 2011 adalah artikel-artikel dari laman Teralogies yang kini telah menukar fokusnya kepada isu-isu berkaitan harta pusaka dan takaful. Sebelum ini, kandungan laman Teralogies bercampur aduk dengan pelbagai jenis artikel berkaitan takaful, harta intelek, kewangan dan teknologi. Jadi saya merasakan adalah perlu bagi saya mewujudkan sebuah lagi blog bagi menyelesaikan masalah artikel-artikel yang telah bercampur aduk tadi.
Saya telah membuat keputusan untuk memindahkan ke semua artikel-artikel berkaitan harta intelek, perniagaan dan teknologi ke laman Zeralogies ini dan mengekalkan artikel-artikel berkaitan takaful dan harta pusaka di laman Teralogies. Jadi, ketika ini saya mempunyai dua blog yang mempunyai dua fokus yang berbeza.
Untuk laman Zeralogies ini, saya akan cuba memfokuskan isu-isu berkaitan harta intelek dan perniagaan terutamanya yang melibatkan perniagaan yang dilakukan secara dalam talian atau online. Ini kerana pada pengamatan saya, banyak isu-isu terutama berkaitan hak cipta dan cap dagangan yang tidak diambil berat oleh usahawan online ini dalam mengendalikan perniagaan mereka. Di samping itu, saya juga akan membuat ulasan berkenaan teknologi-teknologi terkini dan terbaharu yang ada di pasaran.
Selamat datang sekali lagi dan saya cukup hargai sokongan anda terhadap laman ini.
Terima kasih