Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows

Tahukah anda terdapat banyak perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bersama sistem operasi Windows? Anda tidak perlu membelinya kerana ia adalah percuma dan boleh dimuat turun. Fungsinya setanding perisian sumber tertutup yang perlu dibeli untuk mendapatkan lesen penggunaannya.

Perisian sumber terbuka dibangunkan oleh pembangun perisian bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk menggunakan sesuatu perisian dengan kos percuma disamping memperoleh fungsi yang setanding dengan perisian berbayar. Di sini saya ingin kongsikan beberapa perisian sumber terbuka yang boleh digunakan pada platform Windows:

PELAYAR WEB

Mozilla Firefox

Pelayar web percuma dan stabil dan dilengakpi dengan kemudahan untuk menambah pelbagai jenis plug-in.

Muat Turun

PERISIAN PEJABAT

OpenOffice.org

Perisian Pejabat yang mempunyai pakej lengkap. Setanding dengan perisian pejabat Microsoft Office.

Muat Turun

PEMAIN MEDIA

Miro

Perisian yang berkeupayaan memainkan pelbagai jenis fail video

Muat Turun

Media Player Classic

Pemain media yang cukup berkuasa. Mampu untuk memainkan ke semua jenis fail audio dan video.

Muat Turun

PERISIAN PERBUALAN

Pidgin

Perisian perbaualan yang mampu mengakses pelbagai akaun dalam satu masa seperti akaun Facebook, Yahoo dan MSN.

Muat Turun

X Chat 2

Perisian perbualan IRC. Menyamai fungsi perisian mIRC

Muat Turun

PENUKAR FORMAT VIDEO

Miro Video Converter

Perisian yang mampu menukar format video kepada format mp4 dan juga i-phone.

Muat Turun

PERISIAN GRAFIK

Gimp

Perisian untuk menyunting grafik yang setanding dengan perisian Adobe Photoshop

Muat Turun

PERISIAN PENUKAR FORMAT DVD

Handbrake

Menukar format DVD kepada mp4, mpeg dan sebagainya.

Muat Turun

PERISIAN PERAKAM BUNYI

Audacity

Perisian perakam bunyi yang mudah untuk digunakan.

Muat Turun

PERISIAN PEMAMPAT FAIL

Peazip

Perisian untuk memampat fail dan membula fail-fail .zip dan sebagainya.

Muat Turun

PERISIAN PEMINDAH FAIL

Filezilla

Perisian untuk memindah fail secara FTP ke komputer pelayan web.

Muat Turun

21 thoughts on “Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows”

  1. salam ceria..yo..oh..tak sangka ya begitu banyak yang percuma di maya..

    cuma tinggal lagi kita nak guna pakai ke tidak..huhu

    ekonomi skrg kurang bagus..lebih baik berjimat dari membazir tak tentu halakan..huhuh ๐Ÿ™‚

  2. Kalau dah ade yg percuma, buat ape nak belikan. Untuk syarikat2 yg save budget, elok pakai yg percuma ni. kalau pakai yg cetak rompak kang tak pasal2 komputer pejabat kena sita.

  3. wow….setakat ni saya baru guna dua jer, firefox dan media player classic…yg lain belum pernah cuba..thanks brp info ni..nak kena cuba yg lain pulak

  4. kalau open source memang beribu kat luar tu.. nak tak nak je… pendedahan cam bro kasi ni memang harus dilakukan selalu… tq2 bro

    1. Betul, software open source ni perlu didedahkan supaya org tau ada alternatif lain selain software berbayar.

  5. nelly nak maksud perisian operasi sumber terbuka yang lebih terperinci untuk assignment..boleh tolong tak ? ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *