Category Archives: Cap Dagangan

Pendaftaran Cap Dagangan – Sedikit Ulasan Sepanjang Penglibatan Sebagai Ejen Cap Dagangan

By | December 21, 2015

Salam kepada semua pembaca laman Zeralogies. Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kekangan masa. Walaubagaimanapun masih ramai yang menghantar pertanyaan berkenaan pendaftaran harta intelek terutamanya cap dagangan dan saya ucapkan terima kasih terutama kepada yang telah menjadi klien saya. Artikel saya http://www.zeralogies.com/pendaftaran-cap-dagangan-permulaan-kepada-jenama-yang-kukuh menjadi artikel utama rujukan mereka yang ingin mendaftarkan jenama mereka sebagai cap dagangan.… Read More »

Tip Pendaftaran Jenama Sebagai Cap Dagangan

By | February 3, 2014

Artikel terakhir saya dengan Majalah Niaga adalah berkenaan tip-tip untuk mencipta cap dagangan, satu panduan untuk usahawan mencipta jenama yang sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan. Alhamdulillah, sejak artikel ini diterbitkan, ramai yang memberikan respon yang baik dan dapat mencipta cap dagangan yang sesuai dengan kehendak undang-undang dan prosedur pendaftaran cap dagangan. Rentetan dari artikel… Read More »

Maksud Tanda (TM) & (R) Pada Cap Dagangan

By | March 11, 2013

Mesti tuan-tuan biasa melihat beberapa logo diletakkan tanda (TM) dan (R) pada logo masing-masing. Apakah maksudnya tanda-tanda ini? Tanda (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Tanda… Read More »

Kos Permohonan Cap Dagangan

By | May 10, 2012

Setiap hari, saya menerima banyak pertanyaan tentang kos untuk memohon pendaftaran cap dagangan. Untuk memudahkan semua,  kos keseluruhan bagi permohonan cap dagangan di Malaysia adalah RM1500.00. Kos ini merangkumi: Fi Konsultasi – Ini adalah bayaran upah saya sebagai ejen yang menguruskan proses permohonan cap dagangan anda. Saya sebagai ejen akan memberi nasihat sama ada cap… Read More »

Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

By | December 29, 2011

Pendaftaran cap dagangan adalah bersifat kewilayahan (territorial). Jika anda telah membuat pendaftaran cap dagangan di Malaysia, anda hanya akan mendapat perlindungan di Malaysia sahaja. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melebarkan perniagaaan anda di luar negara, anda juga perlu merancang berkenaan pendaftaran cap dagangan di negara-negara berkenaan. Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport produk anda ke… Read More »

Daftar Cap Dagangan Dahulu, Baru Promosikan Produk

By | December 2, 2011

Ramai usahawan yang saya jumpa di luar sana menganggap pendaftaran cap dagangan tidak perlu, selagi mana perniagaan mereka masih tidak menjana keuntungan. Mereka lebih sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan promosi di televisyen, akhbar dan majalah daripada mengeluarkan perbelanjaan untuk mendaftarkan cap dagangan milik mereka. Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh majoriti usahawan kita.… Read More »