Artikel Majalah Niaga
Ikuti artikel ketiga dan keempat saya di Majalah Niaga: Harta Intelek – Hak yang Perlu Dihargai Kepentingan Cap Dagangan Untuk Bisnes – 5 Fungsi Cap Dagangan
Ikuti artikel ketiga dan keempat saya di Majalah Niaga: Harta Intelek – Hak yang Perlu Dihargai Kepentingan Cap Dagangan Untuk Bisnes – 5 Fungsi Cap Dagangan
Saya adalah ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. Saya diberi amanah untuk mengendalikan proses permohonan bagi pihak pemohon dan lain-lain perkara yang melibatkan permohonan dan pendaftaran cap dagangan. Sebagai seorang ejen, saya juga akan memberikan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran cap dagangan.
Ada dua video yang ingin saya kongsikan berkenaan cap dagangan. Video ini saya peroleh dari saluran YouTube IPMalaysia. Saya tidak pasti sama ada video-video ini pernah disiarkan televisyen. Walaubagaimanapun, video-video ini cukup bagus untuk semua mendapatkan informasi asas berkenaan cap dagangan di dalam bentuk video.
Untuk memudahkan pengunjung laman Zeralogies ini untuk mendapatkan sebuat harga pendaftaran cap dagangan, anda boleh memuat turun sebut harga tersebut dengan menekan pautan di bawah: KLIK UNTUK MUAT TURUN SEBUT HARGA Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan.
Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat. Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek… Read More »
Sebagaimana artikel saya yang lepas, peraturan-peraturan cap dagangan telah pun dipinda bagi memasukkan peraturan-peraturan baru dan semakan terhadap bayaran pendaftaran untuk cap dagangan dan juga paten. Selepas pindaan dibuat, kaedah pembayaran bagi paten dan cap dagangan telah dibahagi kepada dua iaitu bayaran secara online dan bayaran secara manual. Secara amnya, bayaran secara online adalah lebih… Read More »
Pindaan bagi Peraturan-peraturan Cap Dagangan dan Paten telah mula dikuatkuasakan mulai hari ini 15 Februari 2011. Apa yang saya sempat baca di laman MyIPO ialah kenaikan ketara bayaran-bayaran bagi cap dagangan dan paten. Saya akan mengulas berkenaan pindaan ini dalam masa terdekat. Anda boleh membaca sendiri pindaan-pindaan yang dibuat menerusi pautan di bawah: http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/tm-amendment-regulations2011.pdf http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/ptregulations-amenmend-15022011.pdf
NOTIS: Pihak kami menawarkan pendaftaran cap dagangan secara online sepenuhnya ketika pandemik covid-19 PERKHIDMATAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN / TRADE MARK Nama saya Azizi. Saya merupakan ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Saya diberi mandat oleh pihak Perbadanan untuk menguruskan dan memudahcara pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan seluruh dunia. Saya berpengalaman lebih… Read More »
Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap… Read More »
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini. Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18… Read More »