Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

By | March 13, 2010

tm

Untuk entri kali ini, saya akan menyambung topik berkenaan cap dagangan. Sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan, adalah penting bagi kita mengetahui sama ada cap dagangan tersebut boleh didaftarkan atau tidak.

Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Berikut disenaraikan ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan:

1.    Nama syarikat atau individu yang ditampilkan dalam bentuk yang tersendiri

Contoh:            maxis-300x123   berdasarkan nama syarikat Maxis Berhad

2.    Tandangan pemohon yang digunakan sebagai cap dagangan

Contoh:   john_hancock_print-300x80
Nama Pemohon:  JOHN HANCOCK LIFE INSURANCE COMPANY

3.   Perkataan yang dicipta. Perkataan yang dicipta bermaksud perkataan yang tiada sebarang maksud di dalam mana-mana kamus.

Contoh: ADIDAS, NIKE, NINTENDO

Gabungan dua perkataan yang bukan dicipta tidak boleh dikira sebagai perkataan yang dicipta. Sebagai contoh perkataan ‘coffeemix’ tidak boleh dikira sebagai perkataan yang dicipta kerana ia terdiri dari dua perkataan yang sedia ada iaitu ‘coffee’ dan ‘mix’

Perkataan asing yang tidak diketahui akan maknanya oleh masyarakat tempatan boleh didaftarkan. Sebagai contoh perkataan KIKU di dalam bahasa jepun yang bermaksud chrysantemum boleh didaftarkan.

4.   Perkataan yang tidak merujuk kepada kualiti atau sifat sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Sesuatu perkataan itu mestilah tidah merujuk kepada mana-mana aspek barangan atau perkhidmatan.

Contoh1 : ‘Citizen‘ untuk jam. Perkataan ‘Citizen’ tidak merujuk kepada kualiti atau sifat barangan jam. Maka ia boleh didaftarkan.

Contoh 2: Permohonan untuk mendaftarkan perkataan ‘Ayam Sedap’ untuk barangan ayam goreng tidak boleh diterima kerana perkataan ayam sedap merujuk kepada sifat barangan ayam goreng.

5.   Perkataan yang tidak merujuk kepada nama sesuatu tempat seperti Kuala Lumpur, Seremban dan Selangor.

Walaubagaimanapun, sekiranya nama tempat tersebut tidak mempunyai kepentingan atau tidak wujud di tempat pendaftaran cap dagangan tersebut, maka ia berkemungkinan boleh didaftarkan.

Contoh: ‘Manhattan Fish Market’

Walaupun perkataan ‘Manhattan’ adalah merujuk kepada nama tempat, nama tempat tersebut tidak mempunyai kepentingan dan tidak wujud di Malaysia, maka ia boleh didaftarkan.

6. Mana-mana cap dagangan yang distinktif (unik)

Distinktif membawa maksud unik, berbeza dari yang lain dan mempunyai ciri-ciri yang unik.

Cap dagangan yang distinktif bermaksud cap dagangan yang dapat membezakan dari cap dagangan yang lain dalam kelas yang sama.

Contoh-contoh cap dagangan yang distinktif:

a) Logo:-

shell-logo-t-300x259
toyota-300x195

b) Cap dagangan komposit (Kombinasi logo dan perkataan):-

mamee-300x92
nestle-300x298

c) Potret Manusia (Menggunakan potret manusia yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia mestilah mendapat kebenarab dari tuan punya potret atau wakilnya:-

kfc1-240x300

Pada entri yang akan datang, saya akan menerangkan tentang ciri-ciri cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan.

Sekiranya ada persoalan, bolehlah diajukan diruangan komen.

Bagi yang mendapat surat bantahan (CD70) dan ingin membuat rayuan, boleh emelkan saya surat bantahan tersebut ke [email protected] atau whatsaap 019-3781629

53 thoughts on “Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

  1. Pingback: Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia | Teralogies - Teknologi dan Inovasi

  2. Pingback: Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia | Zeralogies - Inovatif, Kreatif, Kritis

  3. hamza

    Bagaimana nak buat carian cap dagangan jika saya ingin mengetahui samada cap tersebut wujud atau tidak

    terima kasih

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Encik boleh membuat carian di pejabat perbadanan harta intelek di Kuala Lumpur atau boleh menggunakan perkhidmatan saya untuk membuat carian. Kos untuk carian ialah RM200 untuk 1 cap dagangan

      Reply
      1. MIZA

        Salam Encik Azizi,
        boleh bagi contoh surat rayuan bantahan cap dagangan tak?
        tq

        Reply
      2. Linda

        Boleh saya dapatkan contoh surat rayuan bantahan Seksyen 14 (1)a, 19 (1)d and 19 (2) Akta Cap Dagangan?

        Reply
  4. ROZALI

    As’kum….

    saya ingin mendaftar jenama untuk pakaian dan seterusnya digunakan untuk nama butik.

    bagaimana cara memohon (daftar nama individu) dan kos yang terlibat.

    terima kasih.

    Was’lam…

    Reply
  5. kamaliah

    Bagaimana nak buat rayuan surat bantahan untuk bantahan Seksyen 10(1)(e)

    Reply
  6. Nor

    Salam,

    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat seksyen 10(1)(d) dan 10(1)(e) dalam satu surat yang sama.

    Sekian, terima kasih.

    Reply
      1. hayatie

        Salam,
        Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)

        terima kasih.

        Reply
  7. anwar

    Salam,

    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat seksyen 10(1)(d) dan 10(1)(e) dalam satu surat yang sama.

    Sekian, terima kasih.

    Reply
  8. rasyidawati

    Bole beri contoh bagaimana nk buat surat rayuan bantahan utk seksyen 10(1)(d) dan 10 (1)(e)?

    Reply
  9. Anie

    Boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan untuk seksyen 10(1)(d) dan 10(1)(e)?

    Reply
  10. Norhafizah

    Salam, saya mengahadapi kesukaran untuk membalas surat bantahan CD70 seksyen 14(1)(b) akta cap dagangan 1976.bole bagi saya guideline?

    Terima kasih

    Reply
  11. Lim

    Salam,
    Boleh berikan contoh untuk surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)

    Thanks your~

    Reply
  12. jason

    Hi,boleh tolong beri contoh Surat rayuan untuk bantahan seksyen 14(1)(a)/seksyen 19(1)/seksyen 19(2).terima kasih.

    Reply
  13. steven

    Boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan untuk seksyen 10(1)(d) dan 10(1)(e)?

    Reply
  14. Waqi

    Assalam Tuan,
    Nak minta jasa baik ttuanuntuk membantu saya untuk membalas surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)
    Thanks …..ni no hp sy 0124130043

    Reply
  15. MIZA

    Salam Encik Azizi, boleh bagi contoh surat rayuan bantahan cap dagangan tak? tq

    Reply
  16. syahrul

    Salam..boleh saya dapatkan contoh surat rayuan bantahan seksyen 14(1)(a)/Seksyen 19(1)/Seksyen 19(2) Akta Cap Dagangan 1976.Email saya [email protected]..terima kasih

    Reply
  17. Sean

    What is your fees for assisting me to:-

    1. submit “keterangan/hujah bertulis berserta bukti keterangan atau bukti penggunaan secara akaun berkanun

    2.To go through with me if the chances of my trademark that i have submitted will be approve or not by perbadanan intelek.Because if the chances of approval is slim than i may have to redesign a new one.
    Thanks and regards
    Sean

    Reply
  18. Shirley

    hi , boleh minta tolong bagi contoh surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)? boleh email ke [email protected] keh? terima kasih

    Reply
  19. mira

    Salam,
    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)
    terima kasih.

    Reply
  20. mira

    Salam,
    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2)..urgent please…

    terima kasih.

    Reply
  21. Iffa

    Salam En. Azizi,

    Boleh saya dapatkan contoh surat rayuan bantahan Seksyen 10 (1)c, 10 (1)d and 10 (1)e?

    Terima kasih.

    Reply
  22. aifaahuda

    Salam Tuan,

    Boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c), 10(1)(d) & 10(1)(e)?

    Reply
  23. cik zura

    kalau nak buat yg cap dangangan ini kalau nak mohon sendri mcam mna???klau mlalui agent mahal x??sebab saya bru buka website Perbadanan Harta Intelek Malaysia..
    tapi still xfaham..mcm merumitkan jew..dya boleh isi mnlalui online or offline..

    Reply
  24. Abdul Mazed Bin Abdul Gafor

    As Salam Tuan Azizi Zulkefli,

    Syarikat saya telah menerima surat MyIPO dan didapati tidak memenuhi kehendak Seksyen 10 (1) (c), (d) dan (e).

    Bagaimana hendak membuat rayuan terhadap kehendak tersebut.

    Sekian. Terima Kasih.

    Reply
  25. khadijah binti maslan

    salam tuan,

    boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c),10(1)(d) & 10(1)(e)

    Reply
  26. khadijah binti maslan

    boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c),10(1)(d) & 10(1)(e)

    Reply
  27. Tan Phei Yee

    Hi, Bolehkah tunjuk atau boleh saya minta contoh bagaimana nak buat Surat rayuan bantahan seksyen 14(1)(a) / (19)(1) / (19) (2) ?

    Reply
  28. Andy Ng

    Salam Tuan Azizi Zulkefli,

    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2 )?

    Sekian terima kasih.

    Andy

    Reply
  29. Edward

    Salam Tuan Azizi Zulkefli,

    Boleh berikan contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan syeksen 14(1)(a) / 19(1) / 19(2 )?

    Sekian terima kasih.

    Edward

    Reply
  30. din

    Salam tuan,

    boleh saya dapatkan contoh surat rayuan bantahan rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c),10(1)(d) & 10(1)(e)

    Reply
  31. Hajah

    Assalam Tuan,
    Boleh saya dapatkan contoh surat rayuan bantahan rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c),10(1)(d) & 10(1)(e).
    Adakah penggunaan bahasa asing sebagai cap dagangan dibolehkan dan apa syarat2nya utk mendapat approval?

    Reply
  32. Pingback: Pendaftaran Trademark di Malaysia – ZERALOGIES

  33. rynn

    Bole beri contoh bagaimana nk buat surat rayuan bantahan utk seksyen 10 (1)c,10(1)(d) dan 10 (1)(e)?

    Reply
  34. ANNUSYRAH

    salam..boleh beri contoh surat rayuan bantahan 10 (1)c,10(1)(d) dan 10 (1)(e)?

    Reply
  35. khairi

    salam tuan
    boleh bagi contoh untuk buat surat rayuan bantahan utk seksyen 10(1)c,10(1)d dan 10(1)(e)

    Reply
  36. Aini

    Salam.. Encik Azizi, boleh beri saya contoh bagaimana nak buat surat rayuan bantahan CD70 untuk seksyen 10(1)(c), 10(1)(d) & 10(1)(e). Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *