Author Archives: Azizi Zulkefli

PETIKAN BERITA: Menteri akui sukar banteras muat turun haram

By | June 15, 2010

Undang-undang perlu dipinda bagi membolehkan kerajaan mengawal kegiatan cetak rompak dan muat turun secara haram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri. Katanya, peruntukan sedia anda menghalang penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi baru. Beliau juga meredakan kebimbangan orang ramai terhadap pindaan Akta Hakcipta, yang dikhuatiri… Read More »

Buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’ Oleh Pakdi

By | June 11, 2010

Semasa saya melayari laman blog rakan saya Pakdi, ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu rakan saya ini telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Rancang Wang Dari Sekarang. Saya kira buku ini cukup menarik untuk dibaca bagi menambahkan ilmu perancangan kewangan kita. Saya akan cuba mendapatkan buku ini dan akan membuat sedikit ulasan berkenaannya. P/s:… Read More »

Nama Syarikat v. Cap Dagangan

By | June 9, 2010

Saya telah mendapat satu pertanyaan dari pembaca blog ini tentang perbezaan di antara nama syarikat dan cap dagangan. Antara kekeliruan yang ditanya adalah sama ada nama syarikat boleh digunakan sebagai cap dagangan dan apa perlunya daftar cap dagangan sedangkan nama syarikat telah berdaftar. Untuk pengetahuan semua, nama syarikat dan cap dagangan adalah dua perkara yang… Read More »

Pendaftaran Slogan Sebagai Cap Dagangan

By | May 21, 2010

Baru baru ini saya mendapat e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang pendaftaran slogan sebagai cap dagangan. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana untuk mendaftarkan slogan. Sebelum saya pergi lebih jauh, slogan dalam konsep penjenamaan merujuk kepada satu frasa perkataan yang merujuk kepada kualiti, sifat atau gambaran kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebiasaannya slogan digunakan di… Read More »

Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim)

By | May 17, 2010

Hak cipta merupakan salah satu cabang daripada harta intelek dan hasil kerja berkaitan hak cipta dilindungi oleh undang-undang. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasa ditanya berkenaan hak cipta yang diambil dari sumber MyIPO. 1. Apakah itu hakcipta? Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan… Read More »

PETIKAN BERITA: Pemilik Barangan Tiruan Adalah Pencuri – Ismail Sabri

By | May 11, 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 pada sesi Parlimen akan datang dengan memperuntukkan kesalahan memiliki barangan tiruan dan cetak rompak sama seperti seperti memiliki barang curi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan amat komited berhubung isu ini dan akan menangani masalah ini sehingga peringkat… Read More »

Gerak Gempur Cetak Rompak

By | May 10, 2010

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan penguatkuasaan penuh terhadap segala bentuk cetak rompak mulai 10 Mei 2010 yang akan dikenali sebagai Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR). Gerak Gempur Cetak rompak akan disertai oleh agensi kerajaan seperti polis, kementerian berkaitan, MyIPO dan juga syarikat-syarikat swasta. Objektif Gerak Gempur Cetak Rompak ini akan mengandungi… Read More »

Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows

By | May 6, 2010

Tahukah anda terdapat banyak perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bersama sistem operasi Windows? Anda tidak perlu membelinya kerana ia adalah percuma dan boleh dimuat turun. Fungsinya setanding perisian sumber tertutup yang perlu dibeli untuk mendapatkan lesen penggunaannya. Perisian sumber terbuka dibangunkan oleh pembangun perisian bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk menggunakan sesuatu perisian dengan… Read More »

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

By | April 30, 2010

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut. Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu… Read More »

E-Mel Pembaca

By | April 28, 2010

Saya telah menerima e-mel di bawah bertanyakan tentang proses pendaftaran cap dagangan yang saya ingin kongsi untuk pembaca. From: mimi Message: bagaimana hendak m’dftrkn jenama produk sbg 1 trademark?? apa lgkh-2 yg harus dibuat??? pihak manakah yg harus dihubungi?? Jawapan saya adalah: