Category Archives: Cap Dagangan

Cap Dagangan Bukan Tradisional (Non-Traditional Trade Mark)

By | October 27, 2010

Agak lama saya tidak menulis berkenaan harta intelek. Ini mungkin kerana fokus saya sebelum ini kepada bisnes takaful yang sedang saya jalankan ketika ini. Walaupun bidang baru saya ini (Takaful) agak menarik dan mampu memberi bantuan kepada peserta di saat-saat kecemasan, namun kerjaya di dalam bidang harta intelek masih perlu kerana kesedaran di dalam bidang… Read More »

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label ‘ponni’

By | August 30, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd. Hakim Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Agricultural and Processed Food Products Export Development Authority of India (APEDA) dan empat lagi untuk membatalkan cap dagang… Read More »

Cap Dagangan & Nama Syarikat (2)

By | July 15, 2010

Saya telah mendapat satu lagi persoalan tentang cap dagangan dan nama syarikat dari pembaca. Soalannya lebih kurang begini, jika nak daftar cap dagangan, perlu ke saya daftar syarikat terlebih dahulu atau daftar dahulu atas nama individu. Jawapan saya, jika nama syarikat dan cap dagangan adalah sama, adalah lebih baik daftar nama syarikat dahulu. Ini kerana… Read More »

Nama Syarikat v. Cap Dagangan

By | June 9, 2010

Saya telah mendapat satu pertanyaan dari pembaca blog ini tentang perbezaan di antara nama syarikat dan cap dagangan. Antara kekeliruan yang ditanya adalah sama ada nama syarikat boleh digunakan sebagai cap dagangan dan apa perlunya daftar cap dagangan sedangkan nama syarikat telah berdaftar. Untuk pengetahuan semua, nama syarikat dan cap dagangan adalah dua perkara yang… Read More »

Pendaftaran Slogan Sebagai Cap Dagangan

By | May 21, 2010

Baru baru ini saya mendapat e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang pendaftaran slogan sebagai cap dagangan. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana untuk mendaftarkan slogan. Sebelum saya pergi lebih jauh, slogan dalam konsep penjenamaan merujuk kepada satu frasa perkataan yang merujuk kepada kualiti, sifat atau gambaran kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebiasaannya slogan digunakan di… Read More »

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

By | April 30, 2010

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut. Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu… Read More »

E-Mel Pembaca

By | April 28, 2010

Saya telah menerima e-mel di bawah bertanyakan tentang proses pendaftaran cap dagangan yang saya ingin kongsi untuk pembaca. From: mimi Message: bagaimana hendak m’dftrkn jenama produk sbg 1 trademark?? apa lgkh-2 yg harus dibuat??? pihak manakah yg harus dihubungi?? Jawapan saya adalah:

Contoh Cap Dagangan Yang Tidak Boleh Didaftarkan

By | April 9, 2010

Sebelum ini saya telah menerangkan tentang ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Untuk kali ini, saya akan memberikan beberapa contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan. Contoh-contoh ini adalah sebahagian sahaja dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci pada entri yang akan datang. Contoh 1: Cap dagangan yang mempunyai simbol atau perkataan bunga raya.

Kenapa Perlu Daftar Harta Intelek?

By | March 19, 2010

Saya ingin mengulas sedikit petikan berita yang telah saya poskan semalam. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang kurangnya kesedaran masyarakat perniagaan terutama dari industri kecil dan sederhana untuk mendaftarkan harta intelek mereka. Jika kita bercakap tentang industri kecil, harta intelek yang biasanya terlibat ialah cap dagangan dan reka bentuk perindustrian. Paten mungkin ada tetapi… Read More »

Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

By | March 13, 2010

Untuk entri kali ini, saya akan menyambung topik berkenaan cap dagangan. Sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan, adalah penting bagi kita mengetahui sama ada cap dagangan tersebut boleh didaftarkan atau tidak. Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Berikut disenaraikan ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan: