Monthly Archives: March 2010

TM Unifi – Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

Unifi merupakan penyedia perkhidmatan jalur lebar terbaru di bawah kendalian TM dengan menawarkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi. Ketika ini Unifi menawarkan tiga pakej perkhidmatan iaitu 5mb per saat, 10mb per saat dan 20mb per saat. Selain dari perkhidmatan internet, unifi juga menawarkan perkhidmatan lain seperti IP TV, perkhimatan suara dan video dan e-mel.

Internet Berkelajuan Tinggi (HSBB) Dilancarkan

Sebentar tadi Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif internet berkelajuan tinggi negara dan sekaligus melancarkan internet berkelajuan tinggi negara. HSBB dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan lebih 10mb per saat. Selain internet, TM HSBB juga akan mengadakan perkhidmatan IP TV, perkhidmatan suara dan video. Setakat hari ini kita masih lagi tidak… Read More »

Telekung Boleh Didaftarkan Di Bawah Harta Intelek?

Semasa saya melayari internet hari ini, saya telah terjumpa satu laman web yang menjual produk telekung jenama Siti Khadijah.  Apa yang menarik perhatian saya ialah telekung ini telah berjaya didaftarkan di bawah reka bentuk perindustrian, salah satu cabang harta intelek. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti secara terperinci aspek pendaftaran telekung ini sama ada aspek perlindungan… Read More »

Kenapa Perlu Daftar Harta Intelek?

Saya ingin mengulas sedikit petikan berita yang telah saya poskan semalam. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang kurangnya kesedaran masyarakat perniagaan terutama dari industri kecil dan sederhana untuk mendaftarkan harta intelek mereka. Jika kita bercakap tentang industri kecil, harta intelek yang biasanya terlibat ialah cap dagangan dan reka bentuk perindustrian. Paten mungkin ada tetapi… Read More »

PETIKAN BERITA: KPDNKK Percepat Pinda Akta Berkaitan Harta Intelek

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempercepatkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Hakcipta 1987, Akta Paten 1983 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 bagi mempertingkatkan perlindungan harta intelek sektor industri tempatan. Dijangka mula dibentangkan di Parlimen Jun ini, pindaan itu dibuat ekoran kegagalan banyak syarikat terutama… Read More »

Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996. Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang… Read More »

Formula 1 dan Penjenamaan

Semalam telah bermulanya musim Formula 1 untuk sesi 2010. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Ferrari dengan kedudukan 1-2. Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Mc Laren Mercedes. Michale Schumacher yang membuat kemunculan kembali bersama pasukan Mercedes GP Petronas hanya mampu berada di tempat ke 6. Sukan Formula 1 terkenal dengan sukan berkos tinggi kerana memerlukan penggunaan… Read More »

Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

Untuk entri kali ini, saya akan menyambung topik berkenaan cap dagangan. Sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan, adalah penting bagi kita mengetahui sama ada cap dagangan tersebut boleh didaftarkan atau tidak. Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Berikut disenaraikan ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan:

Pengalaman di Hospital Selayang

Entri kali ini mungkin kelihatan tiada kaitan dengan tema blog ini, tapi masih lagi mempunyai iras-iras kepada dunia teknologi dan inovasi. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah pengalaman saya berkampung untuk beberapa hari di Hospital Selayang sempena kelahiran anak sulung saya di sana. Kelahiran anak sulung saya pada 4 Mac 2010 adalah diluar… Read More »

Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

Google Translate merupakan satu lagi aplikasi web yang ditawarkan oleh Google untuk menterjemahkan perkataan dan laman web. Selain itu, ia juga berkeupayaan untuk menterjemah fail dokumen seperti ‘word’ dan ‘pdf’ ke dalam pelbagai bahasa yang disokong oleh Google Translate.  Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini untuk laman ini dengan meletakkan satu pautan ‘English Version’ di… Read More »